Beberapa pelajar nyaris maut dalam kemalangan apabila bumbung bas yang mereka naiki musnah selepas bas itu melanggar bahagian bawah sebuah jambatan kereta api, semalam.
Pelajar berusia belasan tahun yang berada di tingkat atas bas itu terpaksa tunduk untuk menyelamatkan diri ketika bas itu merempuh jambatan berkenaan.
Tiga belas pelajar yang ketakutan itu dan pemandu bas dibawa ke hospital tetapi tidak seorang pun mengalami kecederaan yang mengancam nyawa.
Pamandu terbabit tersilap dalam mengagak ketinggian jambatan ketika memandu bas itu yang dinaiki 50 pelajar Tingkatan Enam Kolej Wueen Elizabeth di Darlington, Durham.
Saksi, Tony Jones berkata: “Bumbung bas itu terkopak seolah-olah pembuka tin digunakan untuk membukanya.
Pelajar di dalam bas itu menjerit dan ada di kalangan mereka luka di kepala.” Penduduk berdekatan meluru keluar untuk membantu mangsa yang terkejut dan luka.
.
2 Penyokong CHELSEA:
lupa ketinggian bas tu kot
agaknya laluan ni pertama kali bas sekolah tu lalu kot..
Post a Comment