Tuesday, September 27, 2011

Beratnya 8kg


Seekor kucing seberat lapan kilogram yang dimiliki oleh Cik Ahmad Din, 55, berjaya mencuri tumpuan ramai peminat haiwan itu pada Pertandingan Kucing Sihat Sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat negeri Kedah di Alor Star Mall, baru-baru ini.
Kucing itu yang dipanggil Comel merupakan baka kucing kampung dijumpai oleh Cik Ahmad kira-kira lima tahun lalu dalam keadaan lemah di tepi longkang berhampiran gerai makan dekat rumahnya di Tongkang Yard di sini.

"Masa saya jumpa Comel kurus dan anak bongsu saya, Nor Mas Idayu, 11, yang menyuruh saya ambil Comel untuk dibela.
"Berat kucing saya mula meningkat selepas tinggal dengan saya dan kini sudah mencapai lapan kilogram serta menjadi kucing kesayangan keluarga kami," ujarnya ketika ditemui di Alor Setar Mall di sini, baru-baru ini.
Menurutnya, penjagaan kucing itu tidak rumit, namun Comel sangat cerewet dalam soal pemakanan.
"Kucing saya tidak makan nasi, ikan yang digoreng dia tidak mahu makan dan hanya makan ikan yang direbus.

"Selain ikan, saya juga bagi Comel makanan kucing setiap hari bagi memastikan dia sihat," jelasnya.
Sementara itu, dalam pertandingan Kucing Sihat Sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat negeri Kedah itu, Comel muncul juara bagi kategori kucing sihat.








.

5 Penyokong CHELSEA:

Azura @ cik buaya on September 27, 2011 at 12:50 PM said...

wah2.. sihatnya kucing die..

Just Mini Love on September 27, 2011 at 1:26 PM said...

berat nye.. kuceng kt umah ringan2 je.. huhu

Unknown on September 27, 2011 at 1:34 PM said...

demand gila..sama berat ngan anak aku tu..

aamalinaazman on September 27, 2011 at 2:11 PM said...

heeeeeeeeeeee
tomeiiiinyeeeee
ayooo..kalo la ade kocen cm ni
heeee


cek lulu..maceh sudi mai page mimi ye!
terharu
heeee..maceh atas wish ari tu... =]

Ce'gu JAERA on September 27, 2011 at 3:13 PM said...

kalau lah kucing d umah saya macam ni kan best.. bole pelok2... ehe

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!