Kelibat seekor buaya jenjulung di kolam Taman Bulatan Piasau di sini, menimbulkan pelbagai misteri di kalangan penduduk setempat.
Persoalan mereka ialah bagaimana reptilia sepanjang lebih satu meter yang dikenali sebagai spesies pemakan ikan itu berada di kolam berkenaan
Pelbagai andaian dibuat, antaranya buaya itu dilepaskan oleh kanan-kanak nakal untuk menakutkan pengunjung taman dan ada juga yang mengatakan ia telah lama berada dalam kolam itu dan hanya disedari setelah tubuhnya membesar.
Ekoran itu juga, pihak berkuasa telah mengambil langkah untuk menangkapnya namun segalanya menemui kegagalan dan kolam itu yang kaya dengan spesies ikan air tawar terus menjadi 'syurga' buat si pemangsa tersebut.
Ketua Operasi Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Miri, Leftenan Iqbal Abdollah berkata, anggotanya telah ditempatkan di kolam berkenaan untuk meninjau kehadiran dan seterusnya membantu menangkap buaya itu.
"Kita telah menugaskan seramai empat anggota secara bergilir-gilir untuk memantau buaya itu dari pagi hingga malam," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Taman Bulatan Piasau merupakan taman rekreasi pertama di sini dan popular sebagai lokasi riadah di kalangan penduduk setempat.
Sementara itu, Iqbal berkata, operasi mengeluarkan air dalam kolam itu telah dilakukan bermula jam 10 pagi kelmarin dalam usaha menangkap buaya berkenaan.
Katanya, proses itu akan dilakukan secara berperingkat sehingga kedalamannya sesuai untuk proses penangkapan.
.
3 Penyokong CHELSEA:
haiwan ini perlu kena tangkap segera sebelum ianya akan mendatangkan mangsa kepada para pengunjung dtaman itu
tatutnyer klu ada buaya
bahaya tul..huhu~
Post a Comment