Sunday, September 4, 2011

Budak ditemui mati lemas


Kemeriahan suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri sebuah keluarga dari Taman Sri Sanglang di sini bertukar menjadi duka apabila anak bongsu mereka maut selepas terjatuh ke dalam sungai di Kampung Masjid, Kuala Sanglang di sini, semalam.

Mangsa, Syabil Syakirin Jasmi, 5, dipercayai gagal mengawal basikal yang ditunggangnya sewaktu berada di atas jambatan kecil di kampung itu yang terletak kira-kira 500 meter dari rumah mereka sebelum terjatuh ke dalam sungai pada pukul 2.30 petang.

Bapa mangsa, Jasmi Ludin, 39, berkata, anggota keluarganya tidak menyedari Syabil Syakirin keluar dari rumah sehingga dia dimaklumkan oleh anak sulungnya, Nur Syafaa, 8, tentang kehilangan anaknya itu.
Menurutnya, dia kemudian mencari Syabil Syakirin di sekitar kawasan berhampiran sebelum menerima panggilan telefon dari seorang rakan yang memberitahu ternampak selipar dan basikal dipercayai milik anaknya di atas jambatan tersebut.

"Sewaktu saya bergegas ke sana, Syabil Syakirin sudah pun dikejarkan ke klinik berhampiran oleh orang kampung sebelum dibawa ke Hospital Tunku Fauziah (HTF) Kangar untuk rawatan.
"Saya diberitahu dia meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke klinik," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Menurut Jasmi yang merupakan seorang peniaga ikan, arwah anaknya itu sering bermain di kawasan rumah selain kerap berbasikal ke setor simpanan ikannya berhampiran jambatan berkenaan yang terletak kira-kira 500 meter dari rumahnya.
"Saya sedih kehilangan Syabil lebih-lebih lagi ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri masih meriah, namun reda kerana ia adalah ketentuan Ilahi," ujarnya sayu.

Sementara itu, saksi, Kamarudin Othman, 48, memberitahu, dia tergerak hati untuk mengetahui dengan lebih lanjut selepas menemui sebuah basikal tanpa pemilik di atas jambatan berkenaan.
Katanya, dia ternampak selipar kanak-kanak di dalam sungai lalu menghubungi abangnya, Zakaria, 54, untuk membantu menyelam ke dasar sungai itu sehingga menemui anak rakannya.



.

2 Penyokong CHELSEA:

Nadia on September 4, 2011 at 11:30 AM said...

new entry :: pemergian wartawan malaysia di somalia

Ce'gu JAERA on September 4, 2011 at 2:50 PM said...

sayangi dan jaga lah anak2 kita

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!