Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun nyaris maut selepas rumah papan satu tingkat yang didiami keluarganya di Taman Perumahan Nelayan Kampung Kandis dekat sini hangus terbakar pada pukul 6 petang kelmarin.
Murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Kandis, Mohd, Helmi Mohd. Sidek pada mulanya duduk di depan rumahnya ketika api sedang marak di sebuah bilik tidur di tingkat atas.
Bagaimanapun, dia secara tiba-tiba berlari masuk ke dalam rumah yang sedang terbakar. Mujurlah dia sempat diselamatkan oleh seorang jirannya.
Bapa mangsa, Mohd. Sidek Awang, 54, berkata, ketika kejadian, dia sedang minum di sebuah kedai kopi berhampiran manakala isterinya, Che Rahmah Che Amat, 50, keluar mengambil upah menyusun daun tembakau di kampung berdekatan.
Katanya, semasa kejadian hanya Helmi tinggal di rumah manakala dua kakaknya, Illiana Tasha, 12, dan Suzana, 17, pergi ke rumah kawan mereka.
.
3 Penyokong CHELSEA:
Allah selamatkan .
jom singgah ke blog sy ade pelbagai aneka info terkini lg sengsasi,
info utaman hari ini,
ajaran sesat hassan jonit kembali aktif,
asyraf haziq terima bantuan rm110,000.
penerjun JPJ cedera jatuh longkang.
dan pelbagai info2 terkini lagi sengsasi utk hari ini,
jom ramai2 terjah ke blog sy.
nasib nasib di panjangkan umur..
Post a Comment