Saturday, September 10, 2011

Kisah Lulu di hospital..




Ada juga yang nak tau mengenai kisah lulu dihospital..
So, terasa teruja nak bercerita..ngee...
Apa, pun terima kasih diatas keprihatinan semua...
Takde apa yang perlu dirisaukan....
lulu ok jer dan takde masalah serius...


Dihari raya keempat, bersamaan hari jumaat, lulu ke hospital, 
menemani seseorang disana..
Awal pagi tu, tiba-tiba jer terdengar announce dari pihak hospital..
Sesuatu yang dah lama lulu berniat nak buat, namun tak pernah tercapai.
Hati lulu tersentuh dan seolah ditarik, lulu mengamati setiap butir announcement.
Dan kaki lulu terus melangkah menuju tempat yang dimaksudkan...

Korang, tabung darah setiap hospital mengalami kekurangan darah yang kritikal..
Dan lulu baru tau masa tu, setiap kali hospital sangat memerlukan darah,
dan apabila tidak ada penderma darah, setiap staf hospital terpaksa menderma darah untuk melengkapi keperluan itu. Apatah lagi dalam perayaan begini, bayangkan sajalah, kemalangan dimana-mana...
Pesakit ketika itu memang amat memerlukan darah..


Masa arwah koko kemalangan dulu pun dia memerlukan paling kurang 14 pain darah..
Tau tak macam mana banyaknya 14 pain darah tu???
Sedangkan untuk seorang penderma, paling banyak hanya boleh derma 2 pain darah..


Kerana teruja nak merealisasikan impian (memang dah lama nak derma darah, namun lulu ada sejarah sakit jantung semasa kecil), lulu terus ke tabung darah dan dikaunter, lulu serahkan kad pengenalan, dan borang pun dilengkapi.. masa tu baru tau, kalau nak derma darah, malam sebelumnya kena tidur awal.. adeh, malam sebelumnya lewat tidur, menghadap samsung galaxy tab, main game Paradise Island.. Takpe, kira gamble..


test darah, samaada layak menderma ataupun tidak.. yeah darah O+.
Nurse titiskan darah didalam larutan berwarna biru..
Kalau tak tenggelam maknanya tekanan darah rendah??

lepas tu timbang berat dan sedikit soal selidik...
Bila semua dah ok, tekanan darah diambil..
Mula-mula tekanan memang agak tinggi, namun keadaan itu dikatakan normal untuk penderma pertama kali macam lulu :).. So, baring, relax 5 minit, sebelum check lagi sekali.. Biasanya check 2x jer, kalau lepas tu masih tinggi atau rendah sangat, memang tak lepaslah..


Syukur, lulu berjaya... :)
Tiub darah tu mengalirkan darah dengan laju tau..
Panas jer rasa bila melalui lengan.. ekeke..
Kejap jer dah penuh (Isipadu darah yang biasanya didermakan adalah sebanyak 450ml iaitu kurang daripada 1 pain darah (568ml) bagi penderma pertama. Bila dah biasa derma, memang 2 pain).
Eh, takde ambik gambar lak kan.. takpe next time.. ngee

Nampak tak pelekat berwarna biru tu? itu bermakna darah lulu adalah O..



Lulu bangga sangat menderma darah sebab lulu tau betapa besarnya makna darah itu buat sesiapa yang memerlukan... Jom, lulu kongsikan sedikit info mengenai menderma darah..


Menderma tanggungjawab kita bersama

Apakah usaha dan peranan anda ?Menderma darah
Apakah yang anda perlu tahu ?

Kepentingan menderma darah

Darah yang diderma boleh menyelamatkan nyawa seseorang terutamanya :

Mangsa kemalangan
Pesakit yang menjalani pembedahan
Bayi yang baru lahir yang mengidap penyakit kuning (jaundis)
Pesaktit Thalassemia dan Hemofilia
Ibu yang mengalami tumpahan darah

Anda layak menderma sekiranya

Berumur 18 tahun ke atas
Berat badan 45 kg dan ke atas
Sihat tubuh badan
Sihat pada hari menderma
Tidak pernah mengalami masalah semasa menderma darah
Tidak mengambil ubat aspirin atau sebarang ubatan yang lain dalam tempoh satu minggu yang lepas
Tidak menerima sebarang imunisasi dalam tempoh 24 jam yang lepas
Tidak menerima rawatan pergigian dalam tempoh 24 jam yang lepas
Tidak mengalami selesema, batuk, sakit tekak atau sebarang jangkitan dalm tempoh satu minggu yang lepas
Tidak menjalani pembedahan dalam tempoh 6 bulan yang lepas
Tidak mengandung atau menyusu anak di bawah 1 tahun
Tidak pernah menerima pemindahan darah dalam tempoh 6 bulan yang lepas
Tidak bertindik di mana-mana bahagian tubuh badan (akupuntur, tattoo, berbekam) dalam tempoh 1 tahun yang lepas
Tidak mempunyai ahli keluarga yang mengidapi Hepititis B atau C


PENTING !!!

Anda DILARANG menderma darah sekiranya :

Anda mengamalkan cara hidup yang tidak sihat (berisiko tinggi) seperti berikut :

Menggunakan dadah secara suntikan
Mengamalkan homoseksual /biseksual/bertukar-tukar pasangan seks
Mengadakan perhubungan seks dengan pelacur/melacurkan diri
Pernah mengadakan hubungan seks dengan mereka yang tersebut di atas
Merupakan pembawa virus Hepititis B & C atau telah dijangkiti Virus HIV atau mengidapi AIDS

Anda juga tidak digalakkan menderma jika anda :

Menghidapi penyakit-penyakit seperti :

Sifilis
Malaria
Sakit jantung
Sedang dirawati untuk apa-apa penyakit
Telah menjalani pembedahan kurang daripada enam bulan sebelum tarikh derma darah
Ibu yang sedang mengandung atau menyusukan anak
Bertujuan hanya untuk menguji darah sahaja

Ketahuilah jangan letakkan diri anda dan orang lain di dalam keadaan bahaya

Darah selamat bermula dari anda

Jika anda layak menderma, datanglah dan bawalah bersama ahli keluarga/ kawan-kawan anda yang juga layak menderma darah

Menderma darah adalah tanggungjawab bersama

Proses menderma darah

Pergi ke Tabung Darah
Isi borang
Pemeriksaan tekanan darah & berat badan
Ujian kumpulan darah & tahap hemoglobin
Pengambilan darah
Rehat & jamuan ringan

Apakah alasan anda tidak menderma darah ?

1. Saya telah pun menderma darah sekali

Terima kasih atas sumbagan anda. Teruskan khidmat baik anda. Untuk pengetahuan anda, seseorang boleh menderma darah sekali dalam 3 bulan

2. Darah saya bukan jenis yang betul

Jumpa doktor kami untuk mendapatkan kepastian

3. Orang lain sudah pun menderma, jadi kenapa pula saya lagi ?

Benar, kini lebih ramai penderma diperlukan setiap tahun. Jadi setiap penderma dikira mustahak

4. Saya takut sakit apabila dicucuk jarum

Jangan bimbang ! ada berita baik ! sekarang kami menggunakan pelali, tidak sakit pun

5. Saya terlalu lemah

Kita akan memeriksa berat badan, tahap hemoglobin dan tekanan darah sebelum menderma darah. Bagaimanapun jumlah darah yang akan diambil akan digantikan melalui proses semulajadi dalam tubuh anda dalam beberapa jam sahaja

7. Saya terlalu sibuk

Orang lain pun begitu. Sudah tentu anda boleh meluangkan setengah jam atau lebih untuk menyelamatkan satu nyawa

Darah anda mungkin boleh menyelamatkan nyawa seseorang dan darah orang lain pula mungkin dapat menyelamatkan nyawa anda

Keistimewaan yang dinikmati oleh si penderma

Si penderma darah akan dapat menikmati rawatan percuma pesakit luar, rawatan perubatan dan caj wad di hospital tertakluk kepada syarat-syarat tertentu. Sila berhubung dengan pihak hospital untuk keterangan lanjut

Oleh itu...

mendermalah sekarang semasa anda sihat dan berkelayakan

tindakan anda boleh menyelamatkan nyawa seseorang dan nyawa anda.



Lulu sudah menderma darah, anda bila lagi??


Dapat lepas derma darah :)




P/S - Jumpa lagi 3 bulan kemudian tabung darah.. ;)




.

33 Penyokong CHELSEA:

Baiz Mamat on September 7, 2011 at 10:50 AM said...

bagus nye lulu..tulusnye hati lulu..amin

Anonymous said...

tak berani nak derma sebab takut sakit, insyaallah lepas ni nak derma lah juga

Lulu Caldina on September 7, 2011 at 11:04 AM said...

@Tina Othman takde sakitnya kak, tengok lulu ok jer :)

POHPALEH BURGER on September 7, 2011 at 11:07 AM said...

oo ingtkn kenapa.. rupenye menderma darah.. bagus2..

MizzTina on September 7, 2011 at 11:09 AM said...

bagusnye lulu.. MK dr dulu nk derma darah..tp msh tak kesampaian.. sedey sgt xdpt derma darah sbb berat xckp.. 40kg pun xsmpi, mcm mn nk derma.. huhuhu

Hanis Azla on September 7, 2011 at 11:12 AM said...

ALhamdulillah.. bagusnya.. mmg tak sakit pun kan lulu.. akak pun ada kad derma darah.. dulu kat ofis lama mmg setiap tahun ada kem. kesihatan datang.. so senang nak buat donation.. skrg ni dah lama tak derma.. dgn entry ni terpanggil pula untuk menderma lagi..thanks lulu.. tahniah juga dari akak..

aamalinaazman on September 7, 2011 at 11:18 AM said...

oooo
cek lulu derma drh penye
heeee
sgt the nice!
tambah2 bulan shawal..raye kae 4 plak tu
aiyaakk..dah lame x derma drh..huhuhu
las t kat u...smp pengsan2..hahhaha
tapi beskan..kalo dpt berbakti =]

Aziela on September 7, 2011 at 11:20 AM said...

Tahniah! Akak sangat bangga dengan Lulu. Teruskan usaha ini. Akak personally memang selalu menderma, sejak berumur 18 tahun lagi. Sekurang2nya ada sedikit sumbangan dari kita.

aida4eva on September 7, 2011 at 11:21 AM said...

aida suka derma darah..

skrg dh 4 kali dah derma darah..:)

fRaMe+LenSeS on September 7, 2011 at 11:28 AM said...

bangga dengan Lulu.. ;)

lieynanilaz on September 7, 2011 at 11:31 AM said...

pernah menderma tapi sekarang x leh daa....sedey..

HAFIZAL on September 7, 2011 at 11:37 AM said...

wah dapat ijazah tuh...sy dah banyak kali dah derma

Yana Farinha on September 7, 2011 at 11:43 AM said...

sy dah banyak kali try nak derma.. tp tak cukup syarat huhuhu.. berat tak ckup... berat sy 38 jek =(

ummiP3 on September 7, 2011 at 11:55 AM said...

Dulu saya rajin gi derma darah..tapi sejak saya kena asma yg agak teruk...dan saya guna ubat yg mengandungi steroid..jadi saya dh takleh menderma darah lagi.huhuhu sedih...

Ce'gu JAERA on September 7, 2011 at 12:07 PM said...

secara jujur, sejak dari kecik saya tak pernah nak dermakan darah.. malah jenis darah saya pun saya tak tahu lagi apa... ehehehe..lucu plak..

bukan tak nak derma, tapi salu takda kesempatan dan kesampaian.. insya Allah suatu masa nanti jika ada kesempatan nak dermakan darah gak la.. saya setuju dengan pendapat Lulu.. kalau bukan kita, sapa lagi yang diharap nak tampung bilangan2 mangsa yang mendapat kemalangan..

p/s: resit kat atas tu macam Red Cressent Society di Sandakan je tu.. ekeke.. :P

normala_ali on September 7, 2011 at 12:25 PM said...

wah bestnya lulu... saya xtaw boleh derma ke x.. sbb xpernah pergi.. tkot la tengok darah.. tkot pengsan jia.. niat memang nk derma darah tu memang ade.. tp tkot plak.. insyaallah nnty saya akan derma.. kena beranikan diri.. hehehe.. :)

Ann on September 7, 2011 at 12:31 PM said...

xprnh derma drh lg...slalu p amik drh jek..wuwuwuuw

Unknown on September 7, 2011 at 12:54 PM said...

bagusnya lulu..malangnya x layak lagi...

NeenaAnuar on September 7, 2011 at 2:22 PM said...

bagus you.. my hubby pun rajin derma darah.. I jerk yg belum lagi.. uhuhu...

maszull on September 7, 2011 at 5:13 PM said...

salam lulu....bagus nyer lulu sanggup derma darah utk org2 yg memerlukan....

semoga lulu baik2 selalu yer...:

Syafiq Ahadin on September 7, 2011 at 6:04 PM said...

Salam lulu....

thanks for birthday wish!!!

anyway saya pun hari tuu kat PLKN dengan penuh excitednya.... ingin mebderma...

cek2 suma dah ok...bila sampai kat bahagian nak cek tekanan darah tuu, rendah! dia cek dua kali...sama!

dan saya rasa sungguh2 tensyen...malam tuu tidur awal... pagi tuu pun sentiasa bersemangat...

entah kenapa...ada hikmah disebaliknya...cuma fikir pasai tuu je laa...

anyway!! sekarang tengah sentiasa mencari kalau2 ada mas free nak p menderma darah...

tahniah kepada lulu...heheh!!

dan once again...thanks to Lulu sebab wish befday to me... ^^

Daddylicious on September 7, 2011 at 10:53 PM said...

sakit sikit jer kan...:)

Myra Jay on September 8, 2011 at 9:21 AM said...

Wahhh bagus dear, semangat camni lah yang kita mau..

Myra ada gak perasaan takut, takut jarum..heheee

InsyaAllah nanti akan menderma jugak, tp tahun nie takleh sebab baru pas operate bulan 5 ritu.

AuthorBlog on September 8, 2011 at 10:23 AM said...

alhamdullilah.. baguihnya dia ... derma darah... lepas derma darah mesti dapa biskut tiger pnyaa.. p la mana tempat pn...hahha..ok i followw,,,,

Unknown on September 8, 2011 at 10:24 AM said...

teringin nak derma darah..
tapi kaaaan,
x cukup berat badan la pulak...

-Mr & Mrs Mikko-

iyan shazlind on September 8, 2011 at 11:46 AM said...

haritu pernah try nak menderma darah tapi low blood pressure la plak...so Insyaallah kena cuba lagi lain kali ni

♥♥azatiesayang ♥♥ on September 8, 2011 at 11:52 AM said...

salam Lulu..mulianya hati.Tp akak nie takut lak nk derma darah!.Klu trpaksa kena cucuk ngan jarum kat klinik mmg pejam mata & pandang lain...xsanggup nk tgk!.sesiapa yg berani derma darah nie mmg akak ucapkn tahniahhhhh.
Insallh,one day kot.....

Shiela Firdaus on September 8, 2011 at 3:07 PM said...

kita pon dah derma lulu ..hehehhehe!

mana FB ?? cepat aaaa..tak sbar akak nk add nih!

CIK PARO! on September 9, 2011 at 1:52 PM said...

cik paro suke derma darh..
dulu mase praktikal, selalu gak derma darah..
beli derma tu rasa puas tau..
rasa dihargai..

LiFe KaMi on September 10, 2011 at 2:01 AM said...

yang kami jumpa kat hospital hari tu lulu la yer..gurau je..hehe
bagus lulu derma darah..:)

Qasehsuchi on September 10, 2011 at 9:05 AM said...

gud job cik lulu..
sy xleh derma drh..
ad mslh ngn platlet..:(

Ct Arina on September 12, 2011 at 4:29 PM said...

x pernah derma darah. takut sbb jarum die besar kan.. yg nk cucuk utk salurkan darah tu. oh myyyy =.=

Lulu Caldina on September 12, 2011 at 4:54 PM said...

@Ct Arina alaa, skrg kena bisu dulu baru masuk tu..tak sakit punya :)

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!