Friday, September 30, 2011

Curi penutup longkang?


 Cubaan dua lelaki untuk mencuri penutup longkang tidak berjaya apabila tindakan mereka disedari oleh pengawal keselamatan dan orang ramai di kawasan Universiti Terbuka Malaysia (OUM) di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, dua lelaki berusia sekitar 20-an itu ditangkap bersama 10 keping penutup longkang dan kereta jenis Daihatsu yang digunakan kira-kira 10 meter dari OUM.
Menurut pengawal keselamatan universiti berkenaan, Shukri Mohd. Noor, 45, dia menyedari kejadian itu ketika melihat kamera litar tertutup (CCTV) yang merakamkan kegiatan dua suspek terbabit dari pejabatnya.
"Saya dan rakan sedang meneliti rakaman dan secara tiba-tiba kelihatan dua lelaki keluar dari kereta dan terus mengambil besi penutup longkang tersebut dan memasukkan dalam kenderaan itu.

"Saya bersama rakan terus bergegas keluar dari pejabat dan sebelum itu menutup laluan keluar dengan rantai besi sebagai penghadang bagi mengelak suspek melarikan diri," katanya ketika ditemui di sini.
Shukri berkata, sebaik sahaja tiba di tempat kejadian, suspek cuba melarikan diri dengan memecut kereta dan melanggar rantai besi penghadang itu sehingga putus menyebabkan keretanya hilang kawalan sehingga melanggar penghadang jalan.

Tambahnya, akibat melanggar penghadang jalan itu, tayar kereta lelaki tersebut bocor namun mereka tidak dapat melepaskan diri kerana laluan terhalang oleh lori.
"Apabila keadaan kecoh, orang ramai menangkap kedua-dua pencuri terbabit dan saya terus menghubungi polis kira-kira pukul 3.20 petang," ujarnya.







.

3 Penyokong CHELSEA:

zuwaidah on September 30, 2011 at 11:51 AM said...

tak de keje betul dia org ni sampai curi harta awam. memang patut dihukum berat

RamRamCute on September 30, 2011 at 12:04 PM said...

ooo...ini rupanya kerja dorang eh? Patutlah penutup longkang rumah akak hilang rupanya ke sapu dengan orang-orang macam nilah kot...

Ce'gu JAERA on September 30, 2011 at 1:43 PM said...

mencuri harta oeang awam.. napa lah tak belasah dulu sebelum serah kepada polis.. ekekeke

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!