Monday, September 5, 2011

Imej ganjil dirakam telefon bimbit


Seorang Pegawai Penguat Kuasa Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) di sini, tidak menyangka gambar yang diambil oleh rakannya ketika berada di Jeti JTLM Kampung Tekek, Pulau Tioman kelmarin, turut mempunyai imej yang pelik.

Anuar Safie, 38, berkata, imej menyerupai seorang wanita itu dirakamkan pada pukul 8 malam kelmarin oleh salah seorang rakannya sebelum mereka keluar menjalankan operasi penguatkuasaan di jeti berkenaan.
Menurutnya, semasa berdiri di sebelah tiang jeti, dia langsung tidak menyedari kehadiran lembaga itu sebelum rakannya memberitahu terdapat imej mencurigakan di belakang sebelah kanan wajahnya apabila merakamkan gambar dengan menggunakan telefon bimbitnya.
"Sebaik sahaja sampai di jeti itu, rakan saya terus meminta telefon bimbit dan mahu merakamkan gambar saya. Namun saya terkejut apabila mendapati imej mencurigakan berdiri di belakang gambar saya," katanya.

Menurutnya, selepas imej berpakaian putih itu dirakamkan, dia dan rakannya terus terdiam seketika sebelum menceritakan pengalaman yang dilaluinya kepada rakan-rakan lain pada keesokannya.
Anuar yang sudah berkhidmat lebih lapan tahun dalam agensi itu mengakui telah beberapa kali menemui lembaga tersebut di depan matanya.
"Apa yang penting sebagai manusia yang beriman kepada Allah SWT, kita tidak perlu taksub dan takut dengan kejadian aneh yang belum tentu kesahihannya sehingga boleh menjejaskan akidah," katanya.



.

4 Penyokong CHELSEA:

Unknown on September 5, 2011 at 8:10 AM said...

mcm pakaian angkasawan aje lulu...

hazirah kasimon on September 5, 2011 at 8:22 AM said...

hohoho seram kot @@

Ce'gu JAERA on September 5, 2011 at 10:24 AM said...

anagkasawan sesat kot.. ehehe.. jangan terlalu taksub dengan benda2 ni.. semoga akidah kita tetap dengan Allah swt

HAFIZAL on September 5, 2011 at 5:08 PM said...

betul tu...mugkin asap bot kot...hehehehe

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!