Friday, September 9, 2011

Ingin kurus kerana terlalu gemuk


Selepas mencapai berat badan 317.51 kilogram, seorang wanita berumur 47 tahun dari Sacramento di sini direkodkan dalam Guinness World of Records sebagai wanita paling berat di dunia.
Bagaimanapun, Pauline Potter kini berazam untuk mengurangkan berat badan supaya dapat menjalani kehidupan seperti orang lain selepas dia mengalami kesukaran untuk bergerak selain tidak boleh masuk ke keretanya.


Wanita itu menyalahkan cara dia dibesarkan sebagai punca kepada masalah berat badannya.
Potter berkata, ahli keluarganya termasuk ibu bapa mempunyai masalah berat badan. Ketika kanak-kanak, dia diberi makan makanan dalam jumlah yang berlebihan.
"Berat ibu saya lebih daripada 181 kilogram dan ayah saya pula lebih 272 kilogram. Lapan adik-beradik saya juga mempunyai berat badan lebih 136 kilogram,'' ujarnya.

Ibu kepada seorang anak lelaki itu memberitahu, keluarganya gemar makan tanpa mengira situasi sama ada mendapat berita gembira atau buruk.
Potter berkata, dia sebelum ini berulang kali menangguhkan usaha untuk mengurangkan berat badannya tetapi kini berazam untuk melakukannya.
"Ini kerana sekarang saya sukar untuk pakai baju dan mandi. Malah hendak pakai sarung kaki pun susah,'' katanya.


Potter kini pergi ke kolam pemulihan air panas sebanyak tiga hingga lima kali sehari untuk membantunya bergerak lebih mudah.
Bagaimanapun, dia terpaksa menggunakan skuter untuk pergi ke kolam tersebut.



.

5 Penyokong CHELSEA:

aamalinaazman on September 9, 2011 at 2:30 PM said...

cek lulu
cam ne nak kurus ye
huuuu
sy pon nk kurus juge
huuuu

Lulu Caldina on September 9, 2011 at 2:46 PM said...

@aimie amalina diet makan :) .. tapi makan kan sedap.. ngee

Nadzirah Kamarazaman ( NK ) on September 9, 2011 at 2:50 PM said...

harap la dijauhkan dari jadi macam ni:)
makan kene beringat la lepas ni,hehe

AZLIYA COLLECTION on September 9, 2011 at 3:05 PM said...

untuk kurus layari.....Assalamualaikum dan salam sejahtera, terima kasih kerana sudi melapangkan masa melayari AZLIYACOLLECTION.BLOGSPOT.COM

Apa itu SAUNA OZON INFRARED dan kebaikannya kepada anda

http://azliyacollection.blogspot.com/2011/09/sauna-ozon-infrared.html

maszull on September 9, 2011 at 3:18 PM said...

salam lulu...diet tapi mkn mcm mana ek...:)

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!