Monday, September 5, 2011

“Kami mungkin bukan ibu bapa yang sempurna tapi kami sangat sayangkan anak kami."


Ibu bapa empat orang kanak-kanak obes, mungkin terpaksa membenarkan Jabatan Khidmat Sosial mengambil anak mereka kerana gagal menurunkan berat badan mereka.
Ini bermakna harapan mereka untuk terus melihat tiga anak perempuan mereka berusia 11, tujuh dan satu tahun serta anak lelaki yang berusia lima tahun ialah apabila kanak-kanak itu sudah dewasa dan mencari mereka.

Pasangan itu yang sudah berkahwin 20 tahun dan tidak dinamakan, diberi amaran sejak tiga tahun lalu.

Mereka diberi amaran yang anak-anak mereka mesti megurangkan berat badan dan mereka sekeluarga tinggal di rumah majlis perbandaran, selama dua tahun dengan pemakanan mereka sentiasa diawasi.

Tetapi, kanak-kanak itu gagal mengurangkan berat badan masing-masing.
Ibu mereka yang berusia 42 tahun berkata, “Kami mungkin bukan ibu bapa yang sempurna tapi kami sangat sayangkan anak kami. Kami tak sanggup memikirkan yang kami tidak akan melihat mereka lagi.”

“Mereka sengaja mencari fasal dengan kami kerana saiz kami yang besar dan mereka tidak putus asa walaupun kami telah lakukan semua untuk berusaha mengurangkan berat badan seperti yang mereka mahu.”
“Kami akan menentang hasrat mereka. Kami rasa sebanduan mempunyai hak asasi lebih daripada kami.”

Peguam pasangan itu, Joe Myles berkata, “Anak guam saya tidak berniat jahat.
“Tetapi mereka sentiasa dituduh kerana tidak melakukan tanggungjawab sebagai ibu bapa dan sentiasa diawasi.”

Anak pasangan itu yang berusia 15 tahun berkata, “Pekerja sosial sepatutnya merasa malu. Berat badan seseorang itu adalah hak peribadi mereka dan hanya individu itu yang boleh ambil tindakan, bukan mereka.”



.

2 Penyokong CHELSEA:

Ce'gu JAERA on September 5, 2011 at 6:40 PM said...

ehehehe.. ada juga yang macam ni.. harap merea semua akan kembali normal kan

Myera Nyera on September 5, 2011 at 7:22 PM said...

saya nak jugak !!

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!