Monday, September 26, 2011

Kanak-kanak berumur lima tahun maut disengat tebuan

Seorang kanak-kanak berumur lima tahun maut selepas disengat tebuan ketika membonceng motosikal bersama ibu dan adiknya di Kampung Pengkalan Nyireh di sini pada 1 petang semalam.
Menurut ibunya, Rakiah Ismail, 31, kejadian itu berlaku ketika beliau mengambil mangsa, Tengku Hafizul Hafiq Tengku Anuar dari Tadika Tanjung Demong yang tidak jauh dari rumahnya.

"Allahyarham membonceng di belakang saya, manakala adik perempuannya berumur dua tahun berada di bahagian hadapan motosikal dan apabila menghampiri rumah, saya melalui sebuah sarang tebuan yang telah lama bersarang di dahan sebatang pokok.

"Tanpa dijangka, secara tiba-tiba ratusan tebuan menyerang kami dan walaupun dalam kesakitan saya menyuruh Hafizul lari menyelamatkan diri ke rumah jiran saya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Ketika Hafizul berlari untuk menyelamatkan diri ke arah rumah jiran, tebuan terus menyengat di badan dan kepalanya, kata Rakiah.

Jiran menghantar mereka ke Hospital Besut di Jerteh, bagaimanapun, Hafizul meninggal dunia jam 5 petang dengan 50 kesan sengatan tebuan di seluruh badan dan kepala, kata Rakiah.








.

3 Penyokong CHELSEA:

Ct Arina on September 26, 2011 at 9:00 PM said...

kesiannya..

Ticer Syah on September 26, 2011 at 9:53 PM said...

baru ni anak murid ticer pon kena sengat.. nasib baik sekor je sengat kaki dia.. tp dalam sekejap aje dah bengkak.. bawak pegi klinik.. terus kena cucuk da jahitan.. kata budak tu.. dah 3 hari kena pon masih sakit.. ish ish

Ce'gu JAERA on September 26, 2011 at 9:56 PM said...

adui kesian kesian... Tebuan selalunya tak menyerang kalau sarang mereka tak d ganggu... mesti ada orang lain yang buat aniaya ni.. huhu

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!