Penyerang kebangsaan Safee Sali akan pulang ke Malaysia esok selepas menjalani latihan dua minggu dengan kelab bola sepak Cardiff City di bawah kendalian pengurus, Malky Mackay.
Harapan pemain berusia 27 tahun itu adalah agar dapat diterima sebagai pemain kelab dari Wales itu yang bersaing dalam liga Inggeris.
Safee, yang kini bermain untuk kelab Indonesia, Pelita Jaya, berkata, tempo permainan di England lebih pantas.
Penyertaan beliau dalam latihan dengan Cardiff City mendapat liputan meluas akhbar tempatan, malahan beberapa penyokong kelab itu turut mendapatkan autograf beliau semalam ketika pasukan itu menentang Leicester City. Beliau tidak bermain dalam permainan itu.
.
2 Penyokong CHELSEA:
fuyoh. makin maju. all the best for him.
all the best buat pemain harapan negara kiat ini... harumkan nama negara d peringkiat antarabangsa
Post a Comment