Sunday, September 11, 2011

Kenali Andah yang manis lagi menawan..


NAMANYA beritma sama dengan kata indah. Seindah orangnya, Asmirandah Zantman. Gadis manis berusia 22 tahun ini sedang mencipta kemilau sendiri di tanah kelahirannya, Indonesia.

Senang disapa Andah, dia lahir dengan darah Belanda dan Indonesia dalam dirinya. Yakin menjadi anak seni
dengan taruhan bakat dan wajah yang cukup cantik ditatap, Andah memulakan kariernya melalui drama bertajuk Kawin Gantung. Sejak itu namanya mula senang disapa para peminat industri sinetron. Kemudian dia muncul lagi melalui drama Inikah Rasanya dan Cinta SMU 2.
Mekar meletak namanya sebagai aktres, Andah turut menjadi bintang beberapa produk iklan seperti Gery Coklut, Gery Salut, Rexona dan Suzuki Spin.

Kini namanya naik menerusi watak Kamila yang dilakonkan melalui drama Kemilau Cinta Kamila. Bergandingan dengan beberapa pelakon hebat seperti Jonas Rivanno, Mischa Chandrawinata dan Tika Purti, Andah membawa karakter Kamila yang cantik serta baik hati.

Tinggal bersama ibunya, Farah, lakonan Marini Zumanis, Kamila kemudian berkenalan dengan Edo (Mischa) yang merupakan jejaka kelahiran keluarga berada dan kacak paras rupa. Ketelanjuran bercinta membuatkan Kamila hamil, pelbagai insiden air mata, marah, gembira bergulir dalam hidup Kamila. Perkenalan dengan beberapa individu dalam hidup mengubah jalur nasibnya.


Berbalik kepada realiti kehidupan Asmirandah, wanita kelahiran Jakarta ini memang sedang hangat bercinta dengan pelakon bernama Dude Harlino.
Walaupun saling mengenali sejak lebih lima tahun lalu, pasangan selebriti tersebut mengaku masih memerlukan perjalanan yang serius sebelum membina rumahtangga.

Dewasa dan boleh berkomunikasi dengan baik dalam segala hal, itulah kelebihan bintang drama bernama Dude di mata kekasihnya, Asmirandah.
“Dude itu orangnya matang. Selain menjadi teman, dia juga menjadi sahabat untuk saya berkongsi masalah pekerjaan ataupun masalah yang aku hadapi,” ungkap Asmirandah yang juga merupakan model klip video Radja yang bertajuk Benci Bilang Cinta.



.

5 Penyokong CHELSEA:

Ce'gu JAERA on September 11, 2011 at 5:13 PM said...

lawa, tapi tak secantik rupa paras Lulu Caldina.. ehehe

Kancil 8349 on September 11, 2011 at 5:38 PM said...

terima kasih lulu...

http://kancil8349.blogspot.com/2011/09/punca-traffik-kancil-8349-minggu-ini.html

kemey on September 11, 2011 at 10:34 PM said...

suke nengok iklan axe,die comel gile time tuh huhuhuh..dude harlino tu bkn ke kapel ngn cahaya plakon sinetron cahaya tuh?

Anonymous said...

@kemey

bukan kapel la.. dude herlino ni da kawen ngan anak pemain sinetron lidya kandou...

Ct Arina on September 12, 2011 at 4:04 PM said...

die mmg sgt cantik! suke die kat iklan deodoran axe tu. comel gile! hihi^^

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!