Wednesday, September 21, 2011

Mati ditembak dalam bilik hotel


Seorang lelaki ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala manakala tangan serta kakinya diikat dengan tuala di sebuah bilik hotel di Taman Sejati Indah di sini hari ini.
Mayat Mohd. Nasir Ishak, 35, dari Kampung Tengah Abi, Perlis ditemui berlumuran darah di atas katil dalam sebuah bilik di tingkat tiga oleh kakitangan hotel kira-kira pukul 1.30 petang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Zakaria Ahmad berkata, mangsa yang memakai seluar panjang dan tidak berbaju dipercayai mati beberapa jam sebelum mayatnya ditemui.
"Mangsa mati kerana mengalami pendarahan yang teruk selepas terkena tembakan di kepala. Polis bagaimanapun belum menemui sebarang senjata yang digunakan untuk membunuh mangsa," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Menurutnya, pihak hotel menghubungi polis sebaik sahaja menemui mayat mangsa.
Beliau berkata, sebelum itu kakitangan hotel membuat panggilan beberapa kali ke bilik mangsa namun tiada jawapan.
Setelah mengesyaki sesuatu, katanya, mereka menggunakan kunci utama untuk memasuki bilik dan menjumpai mayat mangsa kemudian.
Mohd. Zakaria itu memberitahu, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati dua lelaki dan seorang wanita dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan itu.

Selain itu, katanya, polis yang memeriksa mayat itu mendapati tiada barangan mangsa hilang.
Beliau memberitahu, Mohd. Nasir dikatakan menginap di hotel tersebut sejak petang semalam.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda di talian 04-4212222 bagi membantu siasatan.




P/S - This is new..


.

1 Penyokong CHELSEA:

Ce'gu JAERA on September 21, 2011 at 10:48 AM said...

perrghhh.. rakaman cctv menyaksikan permpuan ada terlibat dalam pembunuhan itu.. agaknya pempuan tu kot yang upah dua lekai tu utk membantai mangsa dalam bilik

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!