Hasrat seorang wanita untuk pergi bercuti di Nepal tidak kesampaian apabila dia maut selepas teksi dinaikinya merempuh sebuah lori muatan bekas tong arak yang baru terbalik dan merintang di tengah-tengah lebuh raya dekat sini awal pagi ini.
Dalam kejadian pukul 5.25 pagi itu, mangsa, Liong How Yin, 39, dan pemandu teksi itu, Azhar Abdul Karim, 42, meninggal dunia di tempat kejadian selepas teksi limosin jenis Naza Citra dinaiki mereka gagal dikawal lalu merempuh lori kargo itu.
Ketika kejadian, teksi dinaiki mangsa dalam perjalanan dari arah Melaka menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur .
Sebaik sahaja tiba di Kilometer 235, Lebuh Raya Utara-Selatan berdekatan susur keluar Plaza Tol Pedas-Linggi, teksi itu gagal mengelak dan merempuh sebuah lori yang baru terbabas dan terbalik menyebabkan ia merintang di tengah lebuh raya.
Menurut jurucakap polis, Azhar meninggal dunia setelah tersepit di tempat duduknya yang remuk teruk, manakala How Yin yang duduk belakang turut maut akibat cedera parah di kepala.
"Mangsa berasal dari Bukit Beruang, Melaka manakala pemandu teksi itu berasal dari Alor Gajah, Melaka.
"Bagaimanapun, pemandu dan kelindan lori kargo itu gagal dikesan selepas kemalangan tersebut," katanya ketika ditemui hari ini.
Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Mizan Md. Dom yang mengesahkan kejadian itu dan pihaknya masih dalam siasatan pihaknya.
Sementara itu, suami How Yin, Liew Chee Keong yang tiba di lokasi kemalangan hari ini mendakwa, dia gagal mengesan semua dokumen penting termasuk pasport dan wang tunai isterinya.
.
2 Penyokong CHELSEA:
kesiannya...sudah nasib dia
moral of the story: Dont drink n drive... tengok tak pasal2 lori arak terbalik.. orang lain yang jadi mangsa.. huhuhu
Post a Comment