Friday, September 23, 2011

Mati lemas di Sungai Melaka


Seorang lelaki, Soon See Lim, 50-an, ditemui mati lemas dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Melaka daripada atas jambatan Kampung Morten dekat sini, semalam.

Kejadian tersebut disedari seorang penduduk kampung berkenaan kira-kira pukul 10.40 pagi selepas terdengar jeritan mangsa meminta tolong.
Penduduk terbabit, Nizam Misni, 42, berkata, dia terdengar jeritan mangsa meminta tolong sewaktu sedang berkebun di kawasan rumahnya.

"Saya berkejar ke jambatan dan melihat mangsa sedang terkapai-kapai menyelamatkan diri.
"Saya bertindak terjun ke dalam sungai tersebut tetapi gagal menyelamatkan mangsa yang tenggelam," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Selepas gagal menyelamatkan mangsa katanya, dia bertindak menghubungi polis dan memaklumkan mengenai kejadian tersebut.

Dalam pada itu, seorang lagi penduduk, Idawati Gapandoman, 34, memberitahu, dia ternampak mangsa berdiri seorang diri di atas jambatan kampung itu kira-kira pukul 9.30 pagi.
"Saya sempat menegur lelaki itu tetapi saya disergah olehnya menyebabkan saya beredar dari situ," ujarnya.
Sementara itu, sepasukan lapan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu berkejar ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan.
Pegawainya, Razali Che Ari berkata, mayat mangsa ditemui unit penyelam kira-kira dua meter dari tempat dia dilaporkan terjatuh.
"Ketika ditemui, mangsa memakai baju kemeja dan berseluar panjang ," kata beliau.







.

1 Penyokong CHELSEA:

Ce'gu JAERA on September 23, 2011 at 2:33 PM said...

mangsa ni nak bunuh diri ke apa... orang tegur dia sergah.. bila dah terjatuh ke air baru nak minta tolong .. huhu.. siasat jgn tak siasat..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!