Friday, September 23, 2011

Wanita warga emas dipukul kerana menegur jiran


Tindakan seorang warga emas menegur anak lelaki jirannya yang tidak meletakkan semula tong sampah dan pasu di kawasan tempat letak kenderaan di rumah mereka berakhir dengan mangsa dipukul remaja itu.
Mangsa, Sin Kuan Chin, 76, yang tinggal di sebuah flat di Jalan Beremi, Bukit Bintang di sini, meletakkan tong sampah dan pasu itu bertujuan memudahkan jiran-jirannya untuk meletak kenderaan.
Anak lelaki Kuan Chin, K. G. Tang berkata, kejadian malang itu berlaku pada 25 Julai lalu setelah ibunya tidak berpuas hati dengan tindakan jirannya di tingkat tiga flat berkenaan dan pergi ke rumah mereka untuk menegur.

"Namun anak lelaki jiran itu bertindak memukul ibu saya hingga cedera di kepala, badan dan kaki," katanya ketika ditemui di Biro Pengaduan Awam Parti Gerakan di sini hari ini.
Tambah Tang, ibunya yang kesakitan menjerit meminta pertolongan sehinggalah anak saudaranya berusia 12 tahun datang membantu dan membawa wanita berkenaan ke hospital.
Difahamkan, Kuan Chin adalah pengasuh kepada remaja terbabit sejak kecil.

"Setakat ini, tiada sebarang tindakan pihak polis berhubung perkara ini," katanya.
Ketua Biro Pengaduan Awam Gerakan, Wilson Lau berkata, pihaknya akan bertemu dengan keluarga jiran terbabit bagi menyelesaikan perkara tersebut.
"Kita juga akan menghubungi Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman untuk mengetahui status siasatan kes ini," ujarnya.




.

3 Penyokong CHELSEA:

Ce'gu JAERA on September 23, 2011 at 9:02 AM said...

bila hubungan kjiranan tidak ada, inilah yang terjadi... masalah kecik diperbesar2kan.. siap pukul memukul lagi,.. huhu

kathy on September 23, 2011 at 9:04 AM said...

mcm tu pun boleh erk..mcm2..

aizamia3 on September 23, 2011 at 10:00 AM said...

susah kalau dapat jiran yang tak boleh bertimbang rasa ni..
bersyukur dikelilingi jiran yang baik dan saling membantu.. ;)

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!