Ab Hamid Yunos, berasal dari Jasin, Melaka dan kini menetap di Kubang Kerian, Kelantan, menamatkan pengajian dengan gred purata kumulatif (CGPA) 2.50, sekali gus muncul graduan tertua pada Upacara Konvokesyen USM Ke-44.
Ab Hamid yang juga bekas Pegawai Waran I Markas Empat Briged Garison, Kuantan, Pahang, amat mencintai ilmu dan sering mencari peluang mendalami lebih banyak pengetahuan serta meningkatkan pencapaian akademik.
Saya tidak pernah jemu menuntut ilmu dan paling suka ketika peperiksaan saya berpeluang menguji kemampuan diri.
Saya akan terus menuntut ilmu malah sudah memohon melanjutkan pengajian di Universiti Malaya. Saya bercadang mendapatkan ijazah sarjana dalam bidang hadis dan Islam pula di institusi itu, katanya pada Majlis Konvokesyen USM Ke-44, semalam.
Ab Hamid bersara pada 1980 mendirikan rumah tangga dengan Fatimah Leily, 64, dan dikurniakan dua anak serta lima cucu.
Saya tidak berasa janggal sepanjang di USM. Saya tahu bagaimana hendak bersosial dengan mereka yang lebih muda berdasarkan pengalaman menjadi askar yang memerlukan saya melatih orang muda, katanya.
Masalahnya dari segi bahasa Malaysia yang digunakan berbeza dengan apa dipelajari dulu, begitu juga bahasa Inggeris, katanya.
.
2 Penyokong CHELSEA:
wahh gtu la semnagat yang perlu ada pada pelajar2 skrg kan lulu..baru la cerah masa depan..
menuntut ilmu biar sampai ke penghujung usia.. orang yang berilmu org yang mulia dan d hormati..
tahniah buat Ab Hamid Yunos atas semangat yang dtunjukkan
Post a Comment