Lebuh Raya Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) di sini, yang sering dipenuhi ratusan golongan samseng jalanan setiap hujung minggu, bertukar kecoh apabila sepasukan polis membuat operasi dan kepungan malam tadi.
Kepungan dilakukan pukul 2 pagi selepas pasukan polis membuat risikan di lebuh raya itu pukul 10 malam.
Berikutan itu, sebanyak 330 motosikal dan 38 kereta ditahan untuk pemeriksaan.
Serbuan dilakukan oleh Unit Khas Trafik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Turut membantu membuat kepungan ialah pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan, Johor, Pahang dan Kelantan.
Menurut Pegawai Operasi Unit Khas Cawangan Trafik Bukit Aman, Asisten Supritendan Khuzir Abd. Majit, pihaknya membuat penutupan jalan masuk dan keluar lebuh raya dan memerangkap golongan itu.
"Samseng jalanan mula menguasai jalan dari Simpang Bukit Piatu hingga ke jejantas Semabok sejauh lebih satu kilometer sebelum kepungan dilakukan pukul 2 pagi.
"Lebih 500 penunggang dan pembonceng motosikal termasuk yang menjadi penonton kemudian dibawa di IPD Melaka Tengah untuk pemeriksaan," katanya ketika ditemui selepas operasi itu di sini awal pagi tadi.
Beliau berkata, pihaknya turut melakukan pemeriksaan dan menahan 38 kereta bercermin gelap termasuk dua buah BMW dan sebuah Porsche.
Katanya, sebanyak 51 saman dikeluarkan selain menyita 15 motosikal dan tiga kereta kerana tamat cukai jalan tamat, selain pemandu serta penunggang yang tidak mempunyai lesen.
"JPJ yang terdiri dari Ibu Pejabat Putrajaya dan Cawangan Melaka telah mengeluarkan 40 notis arah periksa semula selain menyita dua motosikal dan sebuah kereta," katanya.
Beliau berkata, anggota narkotik yang membuat ujian air kencing menahan seorang remaja kerana didapati positif ganja.
Selain itu, tambahnya, polis berjaya mengesan 10 waran tangkap terhadap mereka yang diperiksa selain menahan kenderaan yang mempunyai saman tertunggak.
"Ada yang membayar saman serta merta untuk membawa pulang kenderaan masing-masing," katanya.
.
1 Penyokong CHELSEA:
mostly yang terjebak adalah golongan anak2 kita.. melayu.... huhuu
Post a Comment