Agensi Angkasa Negara (Angkasa) hari ini menasihatkan orang ramai agar tidak menyentuh, mengambil atau menyimpan objek luar biasa yang ditemui kerana berkemungkinan ia serpihan satelit milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA).
Sebaliknya, agensi itu dalam satu kenyataan di sini meminta agar penemuan tersebut dimaklumkan kepada mereka bagi tindakan lanjut.
Laporan NASA yang dipetik collectSPACE..com menyatakan satelit seberat enam tan yang dilancar pada 1991 itu jatuh ke bumi antara lewat Jumaat dan awal Sabtu.
Satelit itu dilapor memasuki atmosfera bumi dan jatuh melepasi Lautan Pasifik dengan waktu dan lokasi sebenar belum diketahui dengan tepat.
.
5 Penyokong CHELSEA:
wah nama tempat PCL bertugas tu...bangganya., namun tak semudah yg disangaka. Okay hati2 semua ye ttg berita yg disiarkan.
smg tiada kemalangan jiwa.. huhuhu
Harap2 x jatuh kat malaysia..
Agaknya kat chelsea kena tak?
klu sentuh kenapa?
jatuh ja lah mana2... asalkan satelit ni jatuh tak menghempam bumbung rumah ku.. kang aku saman nanti NASA ni.. ekeke
Post a Comment