Seorang pemuda maut selepas motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta di Kilometer 14, Jalan Bahau-Kemayan dekat sini, semalam.
Dalam nahas pukul 3 petang itu, mangsa, Mohamad Alif Amirul Baharudin, 18, meninggal dunia ketika dikejarkan ke Hospital Jempol untuk mendapatkan rawatan sejurus selepas kemalangan tersebut.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Mohd. Sabri Muhamad berkata, sebelum kejadian itu, mangsa menunggang motosikal jenis Demak manakala seorang rakannya menunggang motosikal jenis Yamaha RXZ.
Beliau berkata, kedua-dua mereka yang berasal dari Felda Bukit Mendi, Pahang, dalam perjalanan ke rumah sewa masing-masing di Seremban dan Hulu Langat.
"Siasatan awal mendapati, rakan mangsa cuba memotong sebuah kereta Perodua Kancil di hadapannya manakala mangsa mengekori di belakang melalui laluan berbukit.
"Sebuah kereta Proton Waja tiba-tiba muncul dari arah bertentangan menyebabkan mangsa gagal mengelak dan bertembung dengan kenderaan itu," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Menurutnya, berikutan itu, mangsa tercampak hampir lima meter di atas bonet kereta Kancil dan terhumban ke atas jalan raya.
Tambah beliau, rakannya yang menunggang motosikal RXZ hanya mengalami cedera ringan manakala pemandu kenderaan lain tidak cedera.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Jempol untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarganya.
.
4 Penyokong CHELSEA:
kesian... risiko utk penunggang dan pembonceng motosikal begitu besar nilainya d jalan raya.. berhati2 laaa...
p/s: semalam pun saya teringin sangat nak langgar penunggang motor depan keta saya.. bikin geram,.. dah lah bawa slow, biadab lagi nak menunggang.. ngeeeeeeeeeeeeeee
cian nyer..muda2 dah smpai ajal ngn cara cm tu...innalillah...
Al-Fatihah...
semoga roh beliau ditempatkan dikalangan orang beriman..amin..
innalillah untuk pemuda tuh..moge rohnyer dicucuri rahmat..amin..
Post a Comment