Thursday, September 8, 2011

Pisang embun bertandan tiga

Seorang pekebun di Kampung Parit Hassan, Benut dekat sini terkejut apabila mendapati pisang embun yang ditanamnya mempunyai tiga tandan dan mengeluarkan buah yang lebat.

Daim Mabela, 69, berkata, keanehan itu hanya disedarinya pada 1 Syawal lalu dan ramai kenalan serta sanak-saudara yang berkunjung ke rumahnya turut pelik dengan keunikan pisang berkenaan.

Dia pada mulanya tidak menyangka langsung keanehan pokok pisang tersebut memandangkan jantung yang keluar pada peringkat awal setandan sahaja seperti biasa.

"Sebelum kedatangan Ramadan lagi pokok pisang tersebut sudah mula berbuah dan tiada tanda yang menunjukkannya mempunyai tiga tandan," katanya.

Dia dan isteri, Induk Tollah, 60, menyifatkan kejadian aneh ini sebagai tanda kebesaran Ilahi dan bersyukur kerana dapat melihat kejadian berkenaan pada salah sebatang pokok pisang yang ditanam di halaman rumahnya.

"Kejadian pelik ini merupakan yang pertama kali ditemui sejak kami mengusahakan tanaman pisang sejak usia muda lagi," katanya.
Daim memberitahu, dia akan terus membiarkan buah pokok pisang daripada ketiga-tiga tandannya itu masak dan mungkin diagih-agihkan kepada sanak-saudara dan jiran.




.

1 Penyokong CHELSEA:

Ce'gu JAERA on September 8, 2011 at 2:28 PM said...

semuanya dari Allah swt.. ada hikmah utk kita berfikir...

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!