Thursday, September 8, 2011

Bakar sampah, kereta hangus


Empat kereta milik penghuni Flet Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda, Jalan Ipoh, di sini rosak teruk terbakar selepas ditimpa sebahagian sampah setinggi empat meter yang dibakar pihak tidak bertanggungjawab.

Kejadian berlaku seawal jam 4 pagi semalam selepas beberapa penduduk melihat api marak di tempat mereka mengumpulkan sampah dipercayai dibakar sehingga menyebabkan bahagian belakang dua kereta jenis Toyota Vios dan masing-masing sebuah kereta Nissan Terrano dan Proton Wira terbakar.

Penduduk menyedari kejadian itu bertindak memadamkan kebakaran itu sebelum sebuah jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Jinjang bersama tujuh anggota dikejarkan ke lokasi kejadian bagi memadam kebakaran.
Api dapat dikawal dari merebak ke beberapa kenderaan lain.

Siasatan dijalankan Unit Forensik Bomba mendapati kebakaran berpunca daripada pembakaran secara haram oleh penduduk yang tidak bertanggungjawab di lokasi sampah itu yang berada kurang 5 meter dari tempat letak kereta.


Seorang pemilik kereta, Normala Shariff, 39, berkata kejadian itu boleh dielakkan jika Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyediakan tempat membuang sampah khas.

“Oleh kerana ketiadaan tempat membuang sampah, penduduk terpaksa mengumpulkan sampah mereka di lokasi berkenaan.
“Sejak dua minggu lalu, sampah yang dikumpulkan tidak diangkat selepas lori sampah tidak muncul di kawasan kediaman kami, malah bahan mudah terbakar seperti tilam dan kain dikumpulkan di tempat pengumpulan sampah itu yang juga berhampiran dengan tempat kami meletakkan kereta,” katanya.



.

2 Penyokong CHELSEA:

mcm ni lah on September 8, 2011 at 12:07 PM said...

jom terjah ke blog sy ade pelbagai aneka info2 terkini lagi sengsasi,
tajuk hot utk hari ini,
video cctv kedai mamak dirompak di shah alam,
safee sali sah ke cardiff city utk percubaan,
vaksin denggi ditemui,
dan pelbagai info2 terkini yg wajib rakyat malaysia baca utk info anda semua,

Ce'gu JAERA on September 8, 2011 at 2:27 PM said...

iya, saya setuju... patutnya bukan penduduk ja, malah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL juga perlu disalahkan dalam kes ini.. tak sediakan tempat pembuangan sampah sesuai.. daripda membusuk, baik bakar...

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!