Wednesday, September 7, 2011

Rekod terbaru Guinness World Records


Pihak Guinness World Records mengesahkan seekor anjing di sini memiliki telinga anjing terpanjang di dunia, lapor sebuah akhbar semalam.
Anjing jantan dari jenis coonhound bernama Harbor itu memiliki telinga kiri sepanjang 31.24 sentimeter (sm) manakala telinga kanan haiwan tersebut pula berukuran 34.54 sm.


Ia dipelihara oleh seorang wanita, Jennifer Wert yang menetap di sini, negeri Colorado.
“Setiap kali saya membawa anjing saya bersiar-siar, terdapat pemandu kereta akan berhenti untuk melihat Harbor dari dekat dan merakam gambarnya,” kata Wert.
Menurut wanita itu, baka anjing tersebut dibela untuk memburu rakun kerana telinga mamalia tersebut yang panjang dapat membantu menolak bau ke arah hidungnya.



.

2 Penyokong CHELSEA:

CIK PARO! on September 8, 2011 at 12:13 AM said...

anjing pun boleh jadi terkenal kan..

Ce'gu JAERA on September 8, 2011 at 1:08 AM said...

agaknya bila binatang peliharaan masuk world record, tuan dia mesti dapat habuan tu kan... ye ke? atau dapat nama je.. saya kurang arif dalam bab2 ni..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!