Kegembiraan seorang pelajar yang mahu mendaftar sebagai mahasiswa baru di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, bertukar tragedi apabila ibu dan kakaknya antara tiga maut dalam kemalangan di Kilometer 186 Lebuh Raya Utara Selatan, berhampiran Bukit Merah, dekat sini hari ini.
Mereka yang maut ialah ibu kepada Nur Shahila Mohd. Jamil, 19, iaitu Tukijah Esa, 59, kakaknya, Nurul Haniza Mohd. Jamil, 34, dan pemandu van persiaran yang disewa keluarga itu, Chua Wee Chau, 33.
Kejadian pukul 5.40 pagi itu turut mengakibatkan bapa Nur Shahila, Mohd. Jamil Anuar, 68, abangnya, Mohd. Nazir, 29, dan anak saudaranya, Aliya Madiha Abdullah, tujuh bulan, parah dan dikejarkan ke Hospital Taiping untuk rawatan.
Bagaimanapun Nur Shahila bersama ahli keluarga lain iaitu seorang lagi abangnya Mohd. Fairuz, 27, abang iparnya, Mustafa Kamal Mohd. Khamis, 38, serta Khairul Khafiza Isnin, 27, dan Liana Mat, 31, hanya cedera ringan.
Nur Shahila ketika ditemui hari ini memberitahu, ketika kejadian, dia tidur dan hanya menyedari kemalangan itu apabila kenderaan terbabit terperosok ke dalam parit di tepi lebuh raya.
"Saya cuma mendengar mak menjerit meminta tolong tetapi saya tidak dapat membantu kerana tidak boleh bergerak. Keadaan pada itu memang kelam-kabut dengan bunyi jeritan dan kami tidak dapat keluar kerana pintu van tersekat.
"Kakak pula walau dikejutkan beberapa kali masih tidak sedarkan diri dan saya hanya tahu kematian mereka apabila diminta membuat pengecaman mayat," katanya ketika ditemui di Hospital Parit Buntar di sini, hari ini.
Nur Shahila yang merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Baru, Muar berkata, mereka bertolak dari Muar pada pukul 10 malam dan sepatutnya tiba untuk mendaftar di UUM bagi kursus Ijazah Sarjana Muda Perbankan, pukul 9 pagi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Supritendan Mat Fauzi Nayan ketika dihubungi hari ini berkata, van yang dinaiki 10 ahli keluarga mangsa yang dipandu Wee Chau itu dipercayai hilang kawalan setibanya di lokasi kejadian.
"Kenderaan itu terbabas dan menjunam ke dalam parit di sebelah kiri lebuh raya. Ia mengakibatkan tiga mangsa maut, tiga cedera parah dan lima lagi cedera ringan.
"Mayat semua mangsa telah dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat dan mangsa yang cedera parah dihantar ke Hospital Taiping bagi rawatan," katanya.
.
9 Penyokong CHELSEA:
orang kata kalau nak datang mendaftar, datanglah sehari sebelum mendaftar. Lebih2 lagi yang seperti di muar...mungkin pemandu penat
kesiannya..alfatihah pada yang meninggal dunia..
ini sebab kes bawa laju lah ni... biar cepat asal selamat...
sedih kan kalau kes cam ni..ermmm
jom singgah sini
ady budika BW blog tett tett
hmm....otw to office td pun terserempak dengak kejadian xcdent... kereta terbalik, tp alhamdulillah pemandu dia selamat.. seorang kakak pulak tu...aihh...laju sgt bwk kereta...
salam lulu...cian nyer al-fatihah buat arwah...
Al-Fatihah...
smoga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman...
Suspect is the front left side wheel bearing causes the left front wheel to jammed... van forced to the left while the driver tried to control the van but hit the drain..
@samuelleong
kawasan highway tu memang kawasan kemalangan. Kalau anda menghampiri kawasan tersebut, perlahankan kenderaan dan berhati-hati sebab dah banyak kali saya tengok kemalangan kat situ.. Kebanyakkannya dekat sekolah SMKA t..
Post a Comment