Seorang warga emas yang tinggal di Kampung Jeragan, Changlun di sini tabah menjaga isterinya yang lumpuh sejak 10 tahun lalu biarpun kudratnya semakin lemah kerana dimamah usia.
Hasan Abdullah, 82, berkata, isterinya, Mah @ Halimah Abdullah, 81, tidak mampu menguruskan diri sendiri kerana lumpuh dan hanya terlantar di rumah.
"Isteri saya tidak boleh berjalan dan dia tidak mampu melakukan sebarang kerja. Jadi, urusan di rumah termasuk memasak saya sediakan.
"Saya menyayangi isteri sepenuh hati dan kami telah bernikah di Thailand lebih 50 tahun lalu kerana isteri saya berasal dari sana," katanya ketika ditemui pemberita semasa menerima kunjungan Pergerakan Puteri UMNO Kubang Pasu yang diketuai Wan Zawiyah Wan Halim.
Menurutnya, ketika berusia awal 20-an dia berhijrah ke Thailand bekerja menoreh getah dan memelihara seekor gajah yang digunakan sebagai pengangkutan pada ketika itu.
Katanya, setelah menikahi Mah, dia pulang ke negara ini sekitar 1976 dan menetap di kampung tersebut.
.
4 Penyokong CHELSEA:
kasihnya suami.. semoga kehidupan mereka sentiasa dirahmati Allah..
tabahnya pakcik ni...
untung makcik ni dpt suami yang setia & sanggup wat pape je untuk isteri dy . susah nak dpt suami yang mcm tu skg .
:))
macam ni lah baru suami yang terbaik dan setia...
Post a Comment