Monday, September 5, 2011

Atlet rebah ketika sidang media?


Penyandang juara Terbuka Amerika Syarikat (AS), Rafael Nadal rebah ketika mengadakan sidang akhbar yang penuh sesak di Stadium Arthur Ashe, awal pagi tadi.

Nadal, 25, mengadakan sidang media kira-kira dua jam selepas melangkah ke pusingan keempat dengan mengalahkan rakan rapatnya, David Nalbandian dari Argentina.
Dia yang tiba-tiba mengadu sakit dengan menggosok mata dan tersandar di kerusi sambil memegang kaki kanannya.
Pemain nombor dua dunia yang menang 10 gelaran Grand Slam setakat ini kemudian rebah ke lantai dengan kakitangan perubatan bergegas memberi bantuan kepadanya.

Selepas kira-kira 15 minit menerima rawatan, Nadal kembali berjalan dan memberitahu bahawa beliau mengalami kejang kaki.

“Kaki saya mengalami kekejangan dan ia amat sakit di kaki kanan," katanya yang meneruskan semula sidang akhbar selepas itu.

Nadal menang selepas mengalahkan Nalbandian 7-6 (7/5), 6-1, 7-5.





.

1 Penyokong CHELSEA:

Ce'gu JAERA on September 5, 2011 at 1:32 PM said...

bersukan itu menyehatkan.. tapi bila jadi profesional dalam bidang sukan psti ada skit2 yang lagi teruk macam kekejangan dan kepatahan..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!