Tuesday, September 20, 2011

Tak sihat, makan sambil bekerja


Pekerjaan yang banyak atau dikejar deadline membuatkan sebahagian orang melengahkan waktu makan. Bahkan, ada juga yang sering menikmati makanan di meja kerja.

Mereka mengunyah makanan sambil mengetuk keyboard, berulang-alik mengambil barang, atau membuat panggilan. Mereka yang seharusnya boleh menyudahkan waktu makan dalam 15 minit, akhirnya akan menyelesaikan makananya sehingga lebih satu jam.

Tahukah Anda, jika kebiasaan tersebut sering dilakukan, tubuh Anda tidak akan menyerap sempurna kandungan nutrisi dalam makanan. Bahkan, kebiasaan itu akan mengganggu saluran pencernaan.

Sebab, mengunyah makanan dalam keadaan tidak tenang atau stress akan membuat enzim-enzim pencernaan tidak dapat bekerja dengan baik. Oleh itu, luangkan waktu 10 minit untuk menikmati makanan sehingga memberi waktu bagi enzim pencernaan bekerja dengan baik.

Brigid McKevith, ahli nutrisi dari British Nutrition Foundation, mengingatkan bahawa kebiasaan makan yang salah dapat memicu munculnya gangguan kesihatan. "Kenali kebiasaan-kebiasaan buruk anda, jangan sampai menjadi gaya hidup harian," katanya.



.

2 Penyokong CHELSEA:

Kaio on September 20, 2011 at 8:28 PM said...

tapi kadang2 terbuat jugak macam ni bila dah sibuk sangat xde masa nak rehat. terpaksa buat kerja masa makan.

www.kaio.my

Ce'gu JAERA on September 20, 2011 at 11:58 PM said...

ooo macam tu yaa.. syukur lah setakat ni saya tak pernah buat macam tu..

tak terasa kenikmatan dan kelazatan makanan kalau makan sambil wat kerja... ngeee

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!