Tuesday, September 20, 2011

Walaupun kalah dengan MU, Chelsea tetap boleh jadi juara..


Kekalahan 3-1 kepada Manchester United tidak membuat manager Chelsea, Andre Villas-Boas berganjak dari misi pemburuan gelaran juara Premier League musim ini. Menurutnya, The Blues masih memiliki banyak peluang untuk memperbaiki diri.

Bahkan, Villas-Boas berpendapat bahawa hasil buruk yang dibawa pulang dari Old Trafford telah membuktikan bahawa Chelsea sudah sampai di level pasukan juara. Alasannya, pada perlawanan itu mereka juga telah memberikan perlawanan sengit kepada The Red Devils, walaupun the blues ketinggalan jauh di babak pertama.

"Saya fikir Chelsea telah menunjukkan diri berada di level juara. Kami akan tetap bersaing untuk merebut gelaran juara dan saya senang kerana Sir Alex Feguson sepakat dengan kenyataan ini," cetus Villas-Boas.

Di sebalik itu, Villas-Boas tetap tidak membantah bahawa MU berada di posisi yang sangat baik sekarang kerana berhasil menduduki tempat teratas liga dengan menyapu bersih seluruh kemenangan. Tapi, manager yang berasal dari Portugal ini juga tetap yakin bahawa segalanya boleh berubah pada akhir musim nanti.


"MU ada di posisi baik, namun ini masih terlalu awal.. Yang terjadi sekarang boleh jadi tidak ada pengaruhnya dengan posisi di akhir musim nanti. Paling kurang ada lima pesaing dalam merebut gelaran juara dan segala masih mungkin terjadi," ujarnya lagi.

"Sekarang Chelsea berbeza lima mata dari MU, tapi Premier League selalu sukar dijangka. Sehingga waktu ini kami masih menganggap diri kami sebagai salah satu calon juara," akui Villas-Boas.



P/S -  Sentiasa berfikiran positif itu penting :)  [part]




.

7 Penyokong CHELSEA:

zuar on September 20, 2011 at 4:04 PM said...

lalalala..chelsea lauk..hehe

Si BuDaK KaChAk on September 20, 2011 at 4:24 PM said...

go chelsea go....pd menyu kite jumpe di stamford bridge lak nnt...kite tgk kene lauk ke belcan masetu...hahaha

Ce'gu JAERA on September 20, 2011 at 5:09 PM said...

adededehhhhh...... (",)

Syafiq Ahadin on September 20, 2011 at 6:14 PM said...

kan dah kate....

MU hebat....hehe!!! =)

Unknown on September 20, 2011 at 6:36 PM said...

Perjalanan masih jauh. Peluang Chelsea pun masih terbuka luas. ;)

Putera Bunian on September 20, 2011 at 7:25 PM said...

masih awal lagi nak kata chelsea tu juara,heheee yang pasti MU dihati,maaf sis..hehee

follow sni^^

Kaio on September 20, 2011 at 8:30 PM said...

okay la tu. atleast torres score juga akhirnya...

www.kaio.my

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!