Ramai yang suka baca novel.. Tidak ketinggalan bagi lulu sendiri..
Malah novel yang ada dipasaran sekarang lengkap dengan design muka buku yang sangat kreatif..
Tapi bukan bermakna design tak lawa, cerita pun tak baik tau..
Selalunya, bila baca novel, lulu akan duduk, membaca dan habiskan sekaligus..
Itu yang selalu membuatkan novel walau tebal mana sekalipun, hanya memakan masa yang singkat saja untu dihabiskan.. Yang paling menarik, bila membaca novel, diri dan hati kita seolah-olah terbuai kedalam cerita itu.. Dan dari situ mulalah terbayang-bayang, bagaimana rupa hero dan heroin, juga dunia yang dicipta didalam novel itu sendiri..
Lulu akui dah baca banyak novel.. dah beratus, mungkin juga tak keterlaluan untuk lulu cakap, beribu..
kebanyakannya baik, kreatif dan ada juga yang kureng...
Namun, untuk novel yang istimewa ini, lulu akan review khas, sebab, bukan sahaja penulisnya terasa dekat dihati lulu, malahan hasil tulisannya yang berkualiti dan memikat hati..
Novel ini setebal 597 halaman dan 75 bab, (tak puas baca kak fea...huhu)
Takdir Fitrah Terindah~
Bila diri dilahirkan dari dosa orang lain, tiada apa yang membuatkan Nur Fitrah punya keyakinan diri bila sejak kecil dirinya sering menjadi bahan cemuhan. Lantaran itu dirinya menjadi cepat mengalah termasuklah dalam soal cinta bukan mahunya. Tapi itulah yang terjadi bila kuasa untuk membuat pilihan bukan milik orang sepertinya. Tiada cinta, tidak mengapa, asalkan hatinya bahagia. Namun bila hati suami bukan untuknya, apalagi yang perlu dipertahankan? Pertemuan semula membuatkan hatinya berbunga-bunga. Namun respons dan dugaan yang diterima membuatkan hatinya terus lara untuk mengharapkan cinta. Adakah Aiham Fakhri masih lagi pilihan Nur Fitrah?
(itu menurut sinopsis buku prima)
**
Perlahan-lahan aku mengangkat kepala. Mataku terpaku bila menangkap sesusuk tubuh yang sedang duduk santai di sofa bertentangan denganku.. Tanpa senyuman, matanya merenungku tajam..
"Macam mana. Dah puas hati you sekarang?" Nadanya perlahan dan cukup lembut, namun amat sinis sekali pendengaranku.
Aku mendiamkan diri. Mencari jawapan terbaik untuk pertanyaan itu. Namun belum sempat aku mencipta ayat, dia sudah menyambung bicaranya.
"Ini yang you mahukan bukan? Dah tertunailah cita-cita you untuk menjadi menantu mama, kan?"
Sekilas aku mengerling ke arahnya. Melepaskan rasa tidak puas hati diatas tuduhannya itu. Itukah tanggapannya padaku? Aku menggeleng dengan penuh yakin....
**
Tanpa memperdulikan adik-adiknya yang semakin giat mengusik, dia memeluk bahuku. Kalau didepan ahli keluarganya, memang layanannya padaku first class.Romantik habis. Walaupun belum sampai adegan seramnya, aku masih tidak berani untuk melihat ke skrin komputer bersaiz 12 inci itu. Namun aku masih mampu mendengar suarsa-suara menakutkan. Efek bunyi serta muzik latar filem itu semakin menyeramkanku.
Aku memandang keadaan keliling yang bercahaya suram. Suasana begini membuatkan aku berasa lebih takut lagi. Aku menutup mataku rapat-rapat untuk mengusir rasa takut. Aku lega bila Aiham menarik badanku lebih rapat agar kepalaku dapat dilentokkan sedikit ke bahunya. Dua tiga kali aku membetulkan kedudukan untuk mencari keselesaan. Menghilangkan kejanggalan. Maklumlah tidak biasa.
Menyedari perbuatanku, dia melorotkan sedikit duduknya. Kakinya dilunjurkan di atas meja bersebelahan dengan komputer ribanya. tentunya untuk memberikan keselesaan pada dirinya juga. Dengan lembut dia menarik aku bersandar di dadanya. Tangannya terus memeluk erat bahuku. Tanpa dipinta, Aiza pula menyuakan sebiji kusyen kecil.
"Tidurlah," bisik Aiham lembut ke telingaku.
Aku memeluk kusyen itu sambil berpura-pura menutup mukaku. Sebenarnya aku juga turut menangkupkan kusyen itu ke telinga. Leganya bila tidak mendengar apa-apa lagi.
Namun kelegaanku tidak lama bila hatiku pula diserang rasa yang begitu aneh. Berdegup kencang jantungku. Buat pertama kalinya aku dapat tidur diatas dada lelaki yang bergelar suami. Perasaanku terasa begitu indah sekali. Betapa aku mendambakan saat-saat seperti ini. Berada didalam dakapan eratnya.
**
klik untuk tumbesaran~
Full mark Kak Fea... :)
P/S - Recommended by Lulu Caldina!
.
19 Penyokong CHELSEA:
wahh!! untungnya LULU...
wah...bestnya cerita nie...macam mahu membelinya...hehehe
best ea? cayalah lulu..rajin bace novel. =)
Lulu follow tak akak yang tulis novel ni...??????
@Fitri Senin follow apa eh? blog? FB? semua lulu follow.. ngee :)
wow.. sinopsis nya pun sungguh menarik untuk dihayati... kalau lah Lulu bleh taip habis ceritanya di sini kan best.. ehehe..
Tahniah Kak Hanis Azla... moga jadi penulis yang terkemuka kelak..
adoiiii besnye! nak kene carik ni.
hehehe..mmg betul gila novel nih...
wani pon order dari kak fea gak...hehe
mungkin dah otw tu :)
wah~ untungnya Lulu~ =D lama x beli novel baru..
wahhhh menarik ceritanya... =)
perghh.. siap credit nama dia tuu... hehe bertuah ler badann... nak kene bodek nehh tuan novel.. kot2 pasni kuar name aku lak kekekeke....
review yang menarik dari lulu.. akak suka.. terima kasih banyak yer lulu yang berkulit putih mulus.. he..he.. i like..
:D
dh lunch :)
http://sparklemaneh.blogspot.com/2011/09/takdir-fitrah-terindah.html
wah, macam seronok je :D
kak liza nangis dah lulu.
@Liza @ Adzriel AB itu maknanya kak fea memang berbakat tulis novel kan kak liza?
waaahhhhhhhh...bestnye!!!!!
Post a Comment