Monday, October 24, 2011

1000 orang maut....


Dianggarkan antara 500 hingga 1,000 orang terbunuh selepas gempa bumi berukuran 7.3 pada skala Richter menggegarkan timur Turki, hari ini.

Stesen televisyen NTV melaporkan 10 bangunan runtuh dan banyak rumah ranap di wilayah Van di timur Turki akibat gempa itu diikuti dengan gegaran susulan berukuran 5.6 skala Richter selepas itu.
Datuk Bandar Van, Bekir Kaya berkata, gempa itu mencetuskan panik dan menyebabkan perkhidmatan telekomunikasi terputus.

Beliau berkata, gempa turut dirasai di wilayah-wilayah berdekatan.
Sementara itu, agensi bencana di pejabat Perdana Menteri Turki dalam satu kenyataan berkata, gempa tersebut menyebabkan kehilangan nyawa yang banyak dan kemusnahan harta benda.

"Banyak bangunan, hotel dan kediaman runtuh.
"Kami boleh mendengar suara orang meminta tolong dari celah-celah runtuhan bangunan," kata seorang pegawai tempatan.








.

2 Penyokong CHELSEA:

HAFIZAL on October 24, 2011 at 2:57 PM said...

perh...gempa bumi lagi....

Anonymous said...

gempa.....T___________T

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!