Monday, October 24, 2011

Kebocoran Paip Sebabkan Kesesakan Luar Biasa


Kebocoran paip menyebabkan kesesakan lalu lintas yang luar biasa di jalan serta susur keluar menghala ke Lebuhraya Persekutuan pada Isnin.
Pihak polis mengesahkan bahawa kebocoran paip tersebut berpunca daripada saluran paip yang pecah pusat PAWS di jalan menghala ke Lapangan Terbang Subang.

Kejadian tersebut menyebabkan kesesakan yang luar biasa hingga 10 kilometer daripada tempat kejadian menghala ke pusat membeli belah Mid Valley.

Beberapa laporan daripada pemandu turut memaklumkan mengenai kesesakan yang berlaku kerana ia menyebabkan mereka terperangkap beberapa jam dalam kejadian tersebut.
Bagaimanapun, kakitangan Lembaga Lebuhraya Malaysia mengesahkan kesesakan tersebut pulih seperti sedia kala pada pukul 10 pagi.







.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!