Thursday, October 6, 2011

Amanda dijangka akan kaya....


Pelajar Amerika Syarikat, Amanda Knox yang baru dibebaskan daripada dakwaan membunuh rakan sebilik warga Britain di Itali, mampu meraih berjuta-juta dolar jika sedia menjual pengalamannya sama ada dalam bentuk buku, siri televisyen malah filem.

Ketika keluarganya mempunyai cadangan untuk anak mereka itu menghabiskan masa bersendirian bagi menyesuaikan diri dengan kebebasan, pemerhati bersetuju gadis berusia 24 tahun itu kini mempunyai peluang cerah meraih keuntungan.

“Kisah Amanda Knox boleh mendapat sambutan kerana beliau masih muda selain dianggap sebagai kisah yang sinonim dengan rakyat Amerika, dan ramai mengikuti kisahnya,” kata Charlotte Gusay, ejen sastera selepas Knox tiba di rumahnya semalam.

“Saya jangka dia akan mendapat keuntungan antara AS$500,000 (RM1.5 juta) hingga AS$1 juta dolar (RM3 juta). Dia sudah tentu ditawarkan perjanjian menerbitkan kisahnya dalam buku dan filem jadi perlu menjelajah selain dikejar untuk muncul dalam rancangan dikenali ramai,” kata Gusay.

Knox yang masih lagi bersedih ketika tiba di Seattle bersama keluarganya, sehari selepas digugurkan daripada dakwaan membunuh dan dibebaskan dari sebuah penjara Itali, tempat tahanannya selama empat tahun.

Pada satu sidang akhbar singkat di lapangan terbang, pelajar itu lebih menekankan niatnya untuk kembali menikmati kehidupan normal.
“Keluarga adalah perkara paling penting kepada saya sekarang. Saya hanya mahu bersama mereka,” katanya.





P/S - Berita terdahulu [KLIK]







.

1 Penyokong CHELSEA:

Ce'gu JAERA on October 6, 2011 at 7:53 PM said...

sapa dapat kawin dengan Amanda dia akan terkenal dan kaya raya.. ehehe

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!