Thursday, October 6, 2011

Dah tak tahan, janganlah makan..


Sebuah restoran dikecam kerana pertandingan memakan cili paling pedas di dunia yang dianjurkannya menyebabkan dua peserta dirawat di hospital.
Peserta terbabit menyertai pertandingan anjuran Restoran Kismot di Edinburgh, tiba-tiba muntah, menggelupur di lantai dan pitam.

Seorang daripada pelanggan restoran itu, Curie Kim, berkata dia berasa tidak selesa selepas merasa hidangan Kismot Killer disediakan restoran berkenaan.
Kata Curie, dia terpaksa dikejarkan ambulans ke hospital dua kali dalam tempoh beberapa jam kerana sakit perut dan muntah. Restoran itu mewajibkan peserta mesti berusia lebih 18 tahun dan menandatangani perakuan sebelum menyertai pertandingan berkenaan.

Walaupun dua petugas Palang Merah Britain bersedia memberi bantuan di restoran itu, mereka gagal menangani insiden berkenaan.

Laman sesawang restoran itu menyatakan, pertandingan itu “bukan mencari siapa makan paling banyak, tetapi pemenang dipilih berdasarkan ketahanan mereka kepada masakan cili paling pedas di dunia.”




P/S - Dah tak tahan makan pedas, kenapa nak makan?





.

2 Penyokong CHELSEA:

Ce'gu JAERA on October 7, 2011 at 2:50 AM said...

makan masakan paling pedas di dunia.. tu namanya ambil risiko...

Rara on October 7, 2011 at 9:02 AM said...

huhu..
macm mane la rasenye an..
nasib iera x mkn pedas :P

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!