Wednesday, October 12, 2011

Artis bakal dipenjara


Aktres Julia Perez semalam dihukum penjara tiga bulan diikuti tempoh pemantauan selama enam bulan ekoran pergaduhannya dengan Dewi Persik.
Sebaik saja hakim membacakan keputusan itu, Julia - lebih dikenali sebagai Jupe - dilihat mengalirkan air mata dalam pelukan kekasihnya, Gaston Castano.

Keadaan itu cuba ditenteramkan Castano dengan membelai rambut Jupe dengan harapan aktres terbabit lebih tenang.
Sepanjang sesi persidangan itu, Castano juga setia menemani kekasihnya dan jelas kelihatan pemain bola sepak kelahiran Argentina itu terkejut apabila keputusan penghakiman dibaca.

Walaupun dipenjara tiga bulan, hukuman itu lebih rendah berbanding permohonan pihak pendakwa.

Dalam persidangan sebelum ini, Jupe berdepan dengan hukuman penjara sehingga enam bulan.

Sebaik perbicaraan berakhir, Castano beberapa kali merangkul dan memegang tangan Jupe, 31, yang kelihatan tidak bermaya.

Sementara itu, Dewi Persik mengalu-alukan keputusan mahkamah berkenaan.

“Sejak dulu saya menyatakan, tidak terniat di hati ini mahu memenjarakan Jupe.

“Saya memaafkan dia dengan ikhlas,” katanya ketika dihubungi media melalui telefon.

Mengenang kembali konflik peribadinya dengan Jupe, Dewi berkata, dia membuat aduan kepada polis pada hujung tahun lalu ketika dia dipengaruhi emosi.

“Saya hanya manusia biasa dan beremosi adalah normal.

“Bagaimanapun, sebagai manusia yang hidup dalam undang-undang, kita perlu melaporkan sebarang penganiayaan kepada pihak berkuasa dan tidak boleh menghukum sendiri,” katanya.









.

2 Penyokong CHELSEA:

Nadia on October 12, 2011 at 1:31 PM said...

erk..betul ke...

new entry :: Diam Tanpa Kata ツ

Ce'gu JAERA on October 12, 2011 at 5:55 PM said...

Julia Perez ni lah yang akters hot Indon tu kan... bagus lah masuk lokap, harap boleh bermuhasabah diri d sana.. Mana tau bila kuar bole bertaubat,.. ehe

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!