Monday, October 3, 2011

Baru pulang dari klinik bersalin


Selamat malam......... hai korang... dah dinner dah?
Lulu baru pulang dari klinik bersalin..
One of my family baru jer bersalin secara pembedahan, baby girl..
Tahniah buatnya, walaupun tangisan kesakitan still tak sudah-sudah..
Bersalin memang sakit, kan? huhu........
But the girl sangat cute, tapi siyes, semua bayi yang baru dilahirkan
memang cute, macam nak peluk dan cium, pastu tak nak lepas dah..
geram sangat...


Buat renungan, lulu tersentak dengan cerita ibu berumur 19 tahun
yang membuang bayi yang baru dilahirkan ke longkang.. sadis..
Betul-betul takde perasaan....
40 minggu dikandungkan, berkongsi rasa dan denyutan dalam satu badan,
lepas tu, hanya beberapa saat selepas bersalin, dibuang begitu sahaja?
Kemana perikemanusiaan kita sebagai manusia..
Adakah alasan kerana bayi itu sudah meninggal dunia,
maka, wajar dibuang begitu sahaja?


Sedarkah kita, berapa ramai suami isteri yang masih berharap mendapat zuriat sendiri?
Menghabiskan duit dan masa yang banyak hanya untuk bergelar ibu dan bapa..
menanggung perasaan melihat kawan-kawan satu persatu mula menimang anak..
Lulu tahu perasaan tu.. Sebab kakak sepupu lulu, dah berpuluh tahun kahwin.
Dah pelbagai ikhtiar dicuba..
Baik moden, mahupun tradisional...
Cakaplah kat mana, dia rela pergi..


Namun, setelah berusia 40 tahun lebih, usaha itu masih tidak berhasil..
Mujurlah ikatan kasih sayang cinta dia dan suami kuat, melebihi segala-galanya..
Dan.... sekarang, suaminya menghidap kanser..
Ironinya hidup, kan?
Bila, kita dianugerahkan, anugerah yang terindah, kita tidak menghargainya..


Di klinik tadi, ada sepasang suami isteri..
Si isteri, baru lepas 'cuci'.. keguguran..
Dalam perjalanan pulang, melintasi tempat lulu duduk, dia dipapah suaminya..
Sambil jalan perlahan-lahan, wajahnya muram..
Sedihnya kehilangan seorang bayi, walaupun masih didalam kandungan..
Itulah yang dirasai kawan blogger kita beberapa bulan yang lalu.. [PM]
Takziah diatas kehilangan...



Bertabahlah buat siapa yang kehilangan..
Juga buat yang masih berusaha ke arah itu (parents to be)..
Mari kita sama-sama peka, buka mata kita kepada keluarga, kawan dan jiran-jiran kita..
Andai mereka ada masalah, mengandung anak luar nikah,
atau sikap mereka berlainan daripada biasa,
marilah kita bersikap ambil tahu, dan prihatin..
Mungkin dengan itu akan dapat menyelamatkan nyawa bayi yang tidak berdosa..
berilah sokongan kita, kerana itulah yang amat mereka perlukan sekarang...




P/S - Gambar hanya hiasan..







.

10 Penyokong CHELSEA:

Arra Ahmad on October 3, 2011 at 9:06 PM said...

keruntuhan moral dan akhlak!

kathy on October 3, 2011 at 9:18 PM said...

ada yg nk anak susah nak dpt anak..ada yg ada anak sukati je nak cmpk2..ermm

PinKy MoMMa on October 3, 2011 at 9:34 PM said...

yer sebab tu ai marah bila si budus ni suka hati jer rasa nak buang anak..kucing pun tau nak gigit anak dia letak tempat yang selamat..

manusia pulak main buang buang mcm anak patung! sengal sungguh!

PinKy MoMMa on October 3, 2011 at 9:35 PM said...

eh lupa nak cakap tahniah pada ur pham di atas kelahiran gegirl tu yer :)
owh bestnyer dapat gegirl huhu..

Lulu Caldina on October 3, 2011 at 9:41 PM said...

@PinKy MoMMa TQ you ;)

Nisa Greennnpanda on October 3, 2011 at 11:27 PM said...

congrats Lulu..dh jd auntie ke? hehe..

mm...ntah la, xtau nk ckp ape ngan org2 yg xsdar dri n suke2 ati buang anak.. "-_-

panda montel on October 4, 2011 at 12:05 AM said...

lama da wen tak lawat laman lulu ni ehhe

Ce'gu JAERA on October 4, 2011 at 4:25 AM said...

semoga entri ini memberi pengajaran dan renungan buat mereka yang membuat jalan kemaksiatan, dan membunuh bayi hasil kerja mereka...

Ingatlah, hari ini jika mereka terlepas hukuman dunia sekalipun, hukuman di akhirat hanya Allah swt yang tahu..

wallahu alam

Rozita Ceritaita on October 4, 2011 at 3:10 PM said...

menyampah bila dengar berita ni lulu.. geram.. sakit hati..

akak pernah cuba nak dapat anak kedua setahun lebih.. tu pun mcm dah terasa mcm2.. lg la kalau yg bertahun2 cuba dgn bermacam usaha.. kesian..

rasa nak jumpa budak tu dan campak pulak dia dari tingkat 4 pulak.. tengok apa dia rasa..geram betul..

Lulu Caldina on October 4, 2011 at 3:16 PM said...

@Rozita itulah kak ita.. geram dengar.. sampai hati dibuang macam tu kan..huhu

patutnya kerajaan kena ambil tindakan, menghukum dengan hukuman lebih berat keatas orang yang buang bayi ni.. biasanya dapat 2 tahun penjara jer..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!