Mayat seorang wanita warga emas ditemui dalam keadaan terperangkap antara pintu dan jeriji di sebuah pejabat di Jalan Yam Tuan, di sini hari ini.
Mayat Hue Wan Ching, 79, ditemui pukul 11 pagi oleh anak saudaranya yang datang mencari selepas gagal menghubungi mangsa sejak seminggu lalu.
Difahamkan, pejabat itu dijadikan sebagai rumah kelab oleh sebuah persatuan dan mangsa tinggal dan bekerja di situ sebagai penjaga bangunan.
Jurucakap polis berkata, mangsa dipercayai telah meninggal dunia antara lima dan enam hari lalu berdasarkan keadaan mayatnya yang sudah mereput.
"Polis percaya mangsa diserang sakit jantung selepas terperangkap antara pintu dan jeriji besi yang berkeluasan kira-kira enam meter persegi.
"Kita percaya mangsa terperangkap kerana ketika ditemui pintu pejabat dan jeriji besi itu terkunci manakala kunci pintu berkenaan berada di dalam pejabat," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata, anak saudara mangsa datang ke pejabat itu beberapa hari lalu namun tidak dapat masuk berikutan pintu utamanya berkunci.
"Wanita itu menghubungi pemilik bangunan berkenaan untuk mengambil kunci sebelum menemui mayat mangsa dalam keadaan menyedihkan.
"Kita juga dapati bangunan tiga tingkat itu tidak mempunyai penyewa dan keadaan itu menyebabkan mangsa gagal meminta pertolongan," jelasnya.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Supritendan Mohd. Yusoff Awang yang dihubungi hari ini mengesahkan kejadian itu berkata, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar di sini untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya.
.
1 Penyokong CHELSEA:
itu lah problemnya kalau tinggal bersendirian.. tanpa jiran, kita mati katak pun orang tak tahu...
Post a Comment