Thursday, October 20, 2011

Cedera parah rempuh belakang lori


Seorang lelaki parah selepas teksi dipandunya merempuh belakang sebuah lori tiga tan di Jalan Bangsar, di sini, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.15 petang itu, mangsa, Alias Lazim, 49, yang memandu seorang diri dalam perjalanan ke Petaling Jaya.

Saksi kejadian yang hanya mahu dikenali sebagai Amri, 35, berkata, ketika kejadian dia berada di belakang teksi berkenaan yang secara tiba-tiba merempuh belakang lori yang diletakkan di tepi jalan.

Katanya, akibat kejadian itu pemandu teksi berkenaan mengalami patah bahu kanan dan cedera di muka.

“Saya dan orang ramai cuba membantu mengeluarkan mangsa sebelum bomba dan penyelamat tiba,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, mangsa kemudian dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning mengesahkan kejadian itu dan siasatan dijalankan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.











.

3 Penyokong CHELSEA:

Anonymous said...

mengantuk kot...aduhhhh ni yang buat syieda takot nak amik lesen kete ni.. sob2...

Niena Muhammad on October 20, 2011 at 9:37 PM said...

mak aih..

Ce'gu JAERA on October 21, 2011 at 5:13 AM said...

di temapt saya Selasa lalu pun kes membabitkan lori yang diletakkan di tepi jalan.. malam tu penunggang motor tak nampak kelibat lori lalu merempuh lori tersebut.. kesian

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!