Thursday, October 20, 2011

[TERKINI] Lagi kemalangan melibatkan bas..


Empat pekerja kilang cedera apabila bas kilang yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lagi bas kilang di Lebuhraya Tun Dr Lim Choong Eu di sini, Khamis.
Kejadian pada pukul 6.15 pagi di persimpangan lampu isyarat itu turut menyebabkan dua kereta yang berhenti di lampu isyarat itu dilanggar dari belakang.

"Keempat-empat mereka kini dirawat di Hospital Pulau Pinang dengan seorang daripadanya patah kaki," kata Pegawai Turus Trafik Pulau Pinang DSP Abdul Rahim Md Din ketika dihubungi, di sini.
Beliau berkata ketika kejadian, bas kilang yang membawa 40 pekerja itu berhenti di persimpangan lampu isyarat Fasa empat kawasan perindustrian Bayan Lepas.

"Bas itu secara tiba-tiba dirempuh dari belakang oleh sebuah lagi bas kilang. Impak rempuhan itu menyebabkan seorang pekerja kilang terpelanting ke tengah jalan, dua kerusi bas tercabut keluar dan dua kereta yang sedang menunggu lampu isyarat (bertukar hijau) turut dilanggar," katanya.
Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas sejauh lebih 10 kilometer dari arah jambatan Pulau Pinang menghala ke kawasan perindustrian Bayan Lepas.


Seorang pekerja kilang, Murni Hayati Zainal Abidin, 27, berkata sebelum kejadian, bas yang dinaikinya berhenti di persimpangan lampu isyarat itu.
"Secara tiba-tiba, saya terasa satu rempuhan kuat di bahagian belakang sebelah kanan bas dan mendengar rakan-rakan menjerit," katanya ketika ditemui Hospital Pulau Pinang sini.
Beliau yang tidak cedera, berkata rakannya Noraini Razali, 40-an, yang duduk di bahagian kanan bas patah kaki kiri.











.

6 Penyokong CHELSEA:

PinKy MoMMa on October 20, 2011 at 4:15 PM said...

dah tau tadi kat blog gieyana..dia lalu kat tempat kejadian pagi tadi masa nak pegi keje..aihh seram!

Ain Asrar on October 20, 2011 at 4:19 PM said...

ish ish yang tak bersalah kadang2 jadi mangsa..berhati2 lah di jalan raya :)

nurkaloi on October 20, 2011 at 4:26 PM said...

berangan ker ape orang ni bwak bass
ntah pape laaa

Unknown on October 20, 2011 at 4:31 PM said...

ish ish..mesti laju gila bas yang melanggar tu..apa lah yang dikejar agaknya..

Anonymous said...

erm camna nak kawal ye.. bas rosak ke pemandu yg lalai?

Ce'gu JAERA on October 21, 2011 at 5:10 AM said...

huhu... macam2

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!