Wednesday, October 12, 2011

Coklat boleh kurangkan risiko strok


Makan coklat terlalu kerap tidak dianggap perkara yang buruk, lebih-lebih lagi jika ia coklat hitam.
Menurut satu kajian di Sweden yang disiar dalam Jurnal American College of Cardiology, lebih daripada 33,000 wanita menyatakan lebih banyak coklat yang mereka makan, lebih rendah risiko mereka mendapat serangan strok.

Hasil keputusan itu menambah kepada bukti yang menghubungkan antara penggunaan koko dan kesihatan jantung tetapi ia tidak bermakna wanita tersebut boleh sesuka hati mengunyah coklat.
"Berdasarkan pemerhatian reka bentuk kajian tersebut, penemuan-penemuan kajian ini tidak dapat membuktikan sepenuhnya bahawa coklat mampu mengurangkan risiko strok," kata Susanna Larsson dari Karolinska Institute, Stockholm.

Ahli saintis membuat spekulasi terdapat kandungan antioksida yang tinggi dikenali sebagai flavonoid dalam coklat yang mampu memberi kesan perlindungan ke atas kesihatan.
Menurut Larsson, kandungan flavanoid berkesan mengurangkan tekanan darah tinggi, iaitu risiko bagi serangan strok dan memulihkan pengaliran darah yang dikaitkan dengan kesihatan jantung.
Walaupun Larsson percaya ia mempunyai faedah kesihatan, dia turut menyatakan pengambilan coklat yang terlalu banyak boleh memudaratkan kesihatan.

"Coklat harus dimakan secara sederhana kerana mempunyai kandungan kalori dan gula yang tinggi, serta berlemak,
"Oleh kerana coklat hitam mengandungi lebih banyak koko dan gula yang kurang daripada coklat susu maka penggunaan coklat hitam lebih bermanfaat," katanya.









.

5 Penyokong CHELSEA:

RamRamCute on October 12, 2011 at 9:22 PM said...

Sis memang seorang penggemar cokelat. Sedap!!

Qienah on October 12, 2011 at 9:40 PM said...

knpe sy xsuke coklat ye.huhu.

hyz on October 12, 2011 at 11:33 PM said...

gud info.. tapi sy x ley mkn cekelat byk2.. kang saket pale...

Ce'gu JAERA on October 13, 2011 at 4:03 AM said...

satu penemuan yang menarik ni.. saya pun penggemar coklat.. sebab dari kecik lagi saya suka makan Milo... ehehe

Unknown on October 13, 2011 at 1:49 PM said...

yeah2.. lgpn, suka sgt mkn dark choc.. sedap.. ^-^

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!