Tangan seorang kanak-kanak terputus selepas dia membuka penutup mesin basuh dan memasukkan tangannya ketika mesin itu berputar.
Lewis Wrench yang baru menyambut ulang tahun kelahirannya yang ketiga, merayap di dapur dan berjaya membuka pintu mesin basuh muatan depan itu ketika ia masih berputar dan memasukkan tangannya ke dalam.
Ibunya, Rachel, 24, berada di ruang tamu di kediaman mereka di Crewe apabila dia mendengar jeritan anaknya.
Dia mendapati anaknya berlumuran darah dengan lengannya masih berada di dalam mesin. Kanak-kanak itu dikejarkan ke Hospital Kanak-Kanak Alher Hey di Liverpool tetapi doktor gagal menyelamatkan tangannya yang terputus dari bawah bahu.
“Kini, apabila saya tanya apa yang terjadi, dia menjawab: ‘Saya membuka penutup itu dan saya berpusing-pusing, kemudian tangan saya tercabut.’” Mengimbas kembali kejadian itu, Rachel berkata: “Apabila saya meluru, mesin itu masih berputar.
Saya mematikan suisnya dan memeluk Lewis sambil berlari keluar dan menjerit meminta tolong kepada jiran.
“Anak perempuan saya, Kadie, masuk ke dapur dan melihat apa yang berlaku. Dia menjadi trauma.
“Saya tidak percaya Lewis berupaya membuka penutup mesin itu dengan mudah. Ia sungguh menakutkan. Saya begitu kecewa.” Mesin itu disewanya sejak 2009 dan agensi yang terbabit dalam hal berkaitan dengan pengguna, Trading Standards, melancarkan siasatan berhubung kejadian itu.
Kejadian ngeri itu berlaku jam 11.30 pagi pada 11 September lalu, seminggu selepas hari jadi ketiga Lewis.
Rachel berkata: “Secara keseluruhan, Lewis semakin pulih dan dia berani.
“Dia kidal tetapi kini sudah menyesuaikan diri dengan tangan kanannya.” Kanak-kanak itu perlu menjalani pembedahan lanjut dan kemungkinan dipasang dengan tangan palsu.
.
1 Penyokong CHELSEA:
aduiii kesiannyaa... itu sbab kita perlu memberi perhatian kepada anak2 kecil dalam umah.. mereka bukan tahu bahaya yang menimpa
Post a Comment