Difahamkan, kejadian itu turut membongkar tindakan gadis terbabit yang telah menggugurkan sendiri kandungannya sebanyak empat kali sejak berusia 13 tahun.
Bagaimanapun dalam kejadian sebelum ini, dia tidak mengalami sebarang masalah termasuk pendarahan.
Rahsia gadis itu terbongkar selepas lelaki tersebut membawa anaknya ke Hospital Putrajaya, untuk pemeriksaan, semalam.
Hasil pemeriksaan doktor mendapati pelajar sekolah menengah itu melalui proses bersalin tidak lengkap berikutan terdapat uri dan tali pusat yang telah dipotong di dalam rahimnya.
Jurucakap polis berkata, berikutan itu, bapa saudara gadis berkenaan membuat laporan polis bagi mengesan bayi yang baru dilahirkan tersebut.
"Bertindak atas maklumat, polis membuat pemeriksaan di rumah gadis berkenaan pukul 6 petang dan telah menemui bungkusan yang mencurigakan di bawah katil.
"Pemeriksaan lanjut mendapati bungkusan itu berisi mayat bayi lelaki yang masih bertali pusat. Bayi itu dipercayai dilahirkan belum cukup bulan dan dalam tempoh kurang 24 jam sebelum ditemui," katanya di sini hari ini.
Tambah jurucakap itu, sepanjang tempoh kehamilan, gadis itu tinggal di rumah terbabit bersama ibu dan bapanya yang bekerja sebagai peniaga.
Katanya, berikutan pendarahan yang serius, gadis terbabit ditahan di wad, manakala keadaannya dilaporkan stabil.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah ketika dihubungi hari ini mengesahkan penemuan bayi itu.
Menurutnya, siasatan terperinci mengenai kes tersebut masih dijalankan.
.
5 Penyokong CHELSEA:
gler betul sampai 4 kali...
kjam! tak paham manusia skrg/taknak anak..jgn buat anak
macamna nak kawal budak2 ni ya.. baru bawah umur dah pandai seks pastu x serik plak sampai 4 kali gugurkan anak..
senang betul beranak kan..kite yg nak anak ni..
masya allah.. giler betul budak tu.. 4 kali.. mmg giler sex laa..
Post a Comment