Thursday, October 6, 2011

Hidup pindah-randah kerana miskin


Akibat dibelenggu kemiskinan, sebuah keluarga terpaksa hidup berpindah-randah selepas sering gagal menjelaskan sewa rumah.
Ketua keluarga tersebut, Mohd. Zulkifli Abdul Latif, 35, memberitahu, disebabkan kemiskinan, anak-anaknya, Shahri, 9; Shafiq, 11, dan Nurul Afifa, 12, terpaksa berjalan kaki sejauh kira-kira tiga kilometer untuk ke sekolah setiap hari.

Bagaimanapun, kesusahan mereka yang sebelum ini tinggal di Kampun Telok Petata, Kupang terubat apabila seorang penduduk Kampung Merubi yang hanya mahu dikenali sebagai Pak Lang Tahir, sudi membenarkan keluarga itu menumpang di sebuah rumah kecil berhampiran rumahnya.

Mohd. Zulkifli yang bekerja kampung dan mempunyai lima anak, setakat ini sudah tiga kali berpindah dalam tempoh tidak sampai setahun kerana tidak mampu membayar sewa.
"Saya faham tiada siapa yang mahu benarkan rumah mereka disewa oleh orang yang tidak mampu membayar sewa seperti saya.

"Mujurlah ada Pak Lang Tahir yang sudi membenarkan kami menumpang di rumahnya," kata Mohd. Zulkifli yang juga bapa kepada Safwan, 6, dan Nur Hidayah 3, ketika ditemui di Kampung Merubi, dekat sini, semalam.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayu, Azmi Che Hussin berkata, masalah yang menimpa keluarga Zulkifli seharusnya mendapat perhatian banyak pihak sejak awal-awal lagi.

Azmi memberitahu, beliau hanya mengetahui kisah kemiskinan keluarga itu melalui pihak sekolah apabila dimaklumkan bahawa anakanak Mohd. Zulkifli terpaksa berjalan kaki ke sekolah setiap hari semata-mata untuk belajar disebabkan kemiskinan keluarga itu.
"Disebabkan itu, saya datang ke sini untuk mendapatkan penjelasan daripada keluarga Shafiq (anak kedua Mohd. Zulkifli) mengenai masalah mereka," katanya.

Azmi menegaskan, pihaknya bercadang menghantar Shafiq dan Shahri ke Yayasan Al-Bukhari di Alor Setar untuk membolehkan mereka mendapat pendidikan yang lebih sempurna.
"Sekiranya ibu bapa mereka benarkan, saya akan buat surat sokongan untuk pastikan anak-anak ini mendapat pendidikan yang lebih sempurna," katanya.
Selain itu, kata Azmi, pihaknya akan berusaha memastikan keluarga berkenaan turut mendapat perhatian sewajarnya.








.

2 Penyokong CHELSEA:

maszull on October 6, 2011 at 11:19 PM said...

salam lulu....kesian nyer mereka tu kn...:)

Ce'gu JAERA on October 7, 2011 at 2:50 AM said...

kesian2... masi ada lagi mereka yang camni

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!