Seperti wanita-wanita lain, Derya Sert juga mengimpikan mempunyai cahaya mata sendiri apabila berkahwin, namun wanita dari Turki ini diuji tuhan setelah dia dilahirkan tanpa rahim.
Derya, 21, merupakan seorang daripada 5,000 wanita di dunia yang dilahirkan tanpa rahim.
Pada 9 Ogos lalu, nasib wanita ini berubah apabila sepasukan doktor dari Hospital Universiti Akdeniz berjaya melakukan pembedahan pemindahan rahim yang didermakan kepadanya.
Apa yang menarik, Derya menjadi wanita pertama di dunia menerima rahim daripada seorang penderma yang telah meninggal dunia.
"Saya sangat gembira dan bersyukur. Sekiranya diizinkan tuhan, kami mahu menimang cahaya mata dalam masa terdekat," katanya yang telah menghabiskan masa selama enam bulan di hospital bagi menjalani pembedahan itu.
Dalam pada itu, wanita tabah tersebut turut menyifatkan rahim yang diterimanya merupakan satu anugerah tuhan.
Pembedahan rahim tersebut adalah kali kedua dilakukan di dunia. Pembedahan pertama dilakukan di Arab Saudi pada 2000 melalui penderma yang masih hidup, namun gagal selepas 99 hari akibat masalah darah beku dan organ tersebut terpaksa dikeluarkan semula.
Sementara itu, pakar sakit puan, Munire Erman Akar berkata, Derya mula datang haid dan itu satu petanda menunjukkan rahimnya berfungsi dengan baik dan berkemungkinan mempunyai peluang untuk hamil," katanya.
.
2 Penyokong CHELSEA:
semoga ada peluang untuknya menimang cahaya mata dengan rahim itu..
wah, satu penemuan yang baik utk ibu2 yang sukar utk melahirkan anak.. Lihatlah betapa gembiranya ibu ini menerima berita gembira..
semalam di tempat kita seorang ibu tergamak buang bayinya dalam longkang.. huhu
Post a Comment