Tuesday, October 4, 2011

Tengok, lebam....


Gara-gara membelek kamus bergambar dalam kelas mata pelajaran agama, seorang murid tahun dua sebuah sekolah dekat sini dikatakan dicubit sehingga lebam pada lengan kanan oleh seorang ustazah kelmarin.
Mangsa, Sarifah Amirah Muhammad Khairuddin, 8, memberitahu, kejadian berlaku ketika kelas Agama Islam kira-kira pukul 10.15 pagi.
Menurutnya, ustazah berkenaan telah memberi dua latihan kepada murid-murid untuk disiapkan di dalam kelas.

“Selepas menyudahkan satu latihan, saya membelek kamus bergambar tetapi ustazah telah memarahi saya kerana tidak membuat latihan yang diberikan. Dia merampas kamus tersebut.
“Dia mencubit lengan kanan saya dan kepala saya ditonyoh sebelum hidung ditarik menyebabkan saya menangis kerana sakit dan malu dengan rakan-rakan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tok Jaafar di sini semalam.

Sementara itu, ibu mangsa, Rosmawati Shaari, 32, berkata, dia menyedari kejadian tersebut selepas anaknya pulang dari sekolah kira-kira pukul 1.30 petang.
Jelasnya, abang iparnya, Muhammad Faisal Abdullah, 37, yang mengambil Sarifah Amirah memberitahu anaknya menangis kerana dicubit oleh ustazah..








.

5 Penyokong CHELSEA:

Apple Pearl on October 4, 2011 at 10:00 AM said...

tak padan dengan nama ustazah tu.

LiFe KaMi on October 4, 2011 at 10:12 AM said...

budak2 sekarang tak macam dulu..
sakit sikit kena rotan kat sekolah da masuk paper..
manjakan lah sgt tgk besar nant jadi ape..

Anonymous said...

amboi kuatnya cubit sampai lebam lengan budak tu

POHPALEH BURGER on October 4, 2011 at 10:28 AM said...

stakat camtu pun nak buat aduan ke... dlu2 mak bapak serah anak2 kt cikgu jgn patah jgn buta je.. buat la pape pun asal anak tu blaja dan jadi orang..
ni kalo cubit pun taklehh... baik takyah gi skolah.. ajo je anak tu kt umah..

Ce'gu JAERA on October 4, 2011 at 2:04 PM said...

saya sebagai cikgu amat menyokong pendapat LiFe KaMi dan POHPALEH BURGER 101%.....

kadang2 kanak2 ni pandai berlakon ngan mak bapak di umah.. padahal hanya guru2 saja yang tahu sebab musababnya. Lain terjadi, lain yang dilapor.. manja sangat..

cubit sikit mak bapa buat laporan polis, buat aduan di media... Kumpul semua ibu bapa hantam guru2...

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!