Monday, October 24, 2011

Litar Sepang penuhi standard keselamatan


Litar Antarabangsa Sepang (SIC) merupakan sebuah litar perlumbaan yang direka bentuk dengan dilengkapi ciri-ciri keselamatan yang memenuhi standard piawaian antarabangsa.
Pengerusi SIC, Datuk Mokhzani Tun Mahathir berkata, setiap kali perlumbaan SIC akan memastikan persedian dilakukan dengan rapi bagi memastikan keadaan litar dan juga kemudahan perubatan berada dalam keadaan terbaik.

Justeru, katanya, kemalangan maut yang menimpa pelumba pasukan San Carlo Honda Gresini, Marco Simoncelli merupakan satu insiden yang tidak dapat dielakkan dan ia boleh berlaku di mana-mana litar perlumbaan.

“Ini merupakan kejadian pertama melibatkan kematian di SIC dan kita mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Simoncelli di atas insiden yang menimpa pelumba itu. SIC akan memberi kerjasama penuh dalam siasatan yang akan dilaksanakan bagi mencari punca sebenar kemalangan itu berlaku,” katanya pada sidang akhbar khas di sini, semalam.

Menurut Mokhzani, standard operasi keselamatan yang dijalankan memenuhi prosedur yang telah ditetapkan dan kemudahan yang ada mendapat pengiktirafan ISO.
Bagaimanapun, beliau berkata, sukan pemotoran tetap terdedah dengan risiko bahaya yang boleh mengundang kepada berlakunya kemalangan sama ada menyebabkan kecederaan atau pun kematian kepada pelumba.
 “Kita tidak boleh memberi jaminan bahawa setiap keselamatan pelumba benar-benar terjamin kerana mereka tetap terdedah kepada risiko kemalangan,” tegasnya.


Ketika ditanya mengenai sikap penonton yang membaling botol dan sampah sarap ke dalam litar, Mokhzani memberitahu, perkara itu tidak seharusnya berlaku kerana keputusan memberhentikan perlumbaan tersebut merupakan satu standard prosedur yang perlu dipatuhi.








.

4 Penyokong CHELSEA:

Admin on October 24, 2011 at 9:33 AM said...

Ajal maut,
Jodoh pertemuan,
di Tangan Tuhan~~

Terbaru:
1. Berterusan Kau Tanya, Lagi dan Lagi.
2. Sembunyi Kata Saat Kau Terluka.

Admin on October 24, 2011 at 10:01 AM said...

Ajal..

Terbaru:
1. Berterusan Kau Tanya, Lagi dan Lagi.
2. Sembunyi Kata Saat Kau Terluka.

cipan_sejuk on October 24, 2011 at 10:38 AM said...

MALAYSIA FAN bikin malu sajer...NO INTERNATIONAL MINDED....buduss...RESPECT la..bangang oiiiiiiiiiiii...SEMUA YANG PEGI TU KEBANYAKANNYA KONON ELIT DAN BERDUIT...tapi SAYANG MANGKAQ..BANGANG.....mereka ini semua rupanya............

cipan_sejuk on October 24, 2011 at 10:38 AM said...

MALAYSIA FAN bikin malu sajer...NO INTERNATIONAL MINDED....buduss...RESPECT la..bangang oiiiiiiiiiiii...SEMUA YANG PEGI TU KEBANYAKANNYA KONON ELIT DAN BERDUIT...tapi SAYANG MANGKAQ..BANGANG.....mereka ini semua rupanya............

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!