Dalam operasi berakhir kira-kira jam 8.15 malam itu, remaja berkenaan ditahan kerana menunggang motosikal tanpa lesen bersama seorang rakannya berusia 13 tahun yang membonceng, manakala dua lagi rakannya masing-masing berusia 14 dan 10 tahun, menunggang sebuah lagi motosikal berasingan.
“Saya datang ke sini (Tasik Titiwangsa) sebab nak cari kawan saya. Lagipun, ini pertama kali kami menunggang motosikal ke sini, selalunya kami naik basikal.
“Biasanya pada hujung minggu, saya dan rakan akan berbasikal ke sini sebab nak tengok orang main kereta kawalan jauh,” katanya yang mahu dikenali sebagai Saiful.
Difahamkan, Saiful memberitahu ibunya mahu ke kedai berhampiran sebelum bertindak berani menunggang motosikal ke taman tasik berkenaan bersama tiga rakannya, namun tidak bernasib baik kerana ditahan pada operasi itu.
Saiful dan tiga rakannya adalah antara lebih 130 penunggang motosikal diperiksa dalam operasi diketuai Ketua Unit Penguatkuasaan Khas Trafik Kuala Lumpur (U3K), Asisten Superintendan Azmi Wahid selepas operasi selama dua jam itu berakhir.
“Operasi ini kali ketiga diadakan di sini selepas operasi kali pertama empat bulan lalu, berdasarkan aduan penduduk setempat dan pengunjung taman tasik ini berhubung wujudnya aktiviti tidak sihat di kalangan penunggang motosikal yang suka membuat bising dan lumba haram.
“Selepas tiga kali operasi di sini, kita lihat jumlah motosikal yang disita hari ini (kelmarin) berkurangan kepada tujuh berbanding 30 motosikal pada operasi pertama, ” katanya.
.
5 Penyokong CHELSEA:
ermm..buat lg..
kan dah kena.. :)
hahaha...ada pulak mcm tu kan..kesian jugak budak tu.. :D
btw..dh follow tadi...
http://fidahadie.blogspot.com
kecik2 lg pandai menipu.
nah..kedapatan uda ko! kna tahan pl.
kalau taknak kena marah, jangan keluar tanpa pengetahuan ibu bapa.. pastu waktu malam pulak tu..
Post a Comment