Tuesday, October 18, 2011

Betapa manusia zaman sekarang sudah hilang perikemanusiaan


Rakaman video memaparkan seorang kanak-kanak perempuan berumur dua tahun di China yang dilanggar sebuah van dan kemudian tidak dihiraukan oleh pejalan kaki, menggemparkan negara ini dan menimbulkan kemarahan orang ramai kerana ia menggambarkan keadaan kurang bermoral dalam masyarakat moden di republik ini.


Video dari kamera litar tertutup bertarikh 13 Oktober lalu itu dan disiarkan oleh sebuah stesen televisyen tempatan merakamkan seorang kanak-kanak perempuan dilanggar sebuah van dan kanak-kanak itu ditinggalkan dalam keadaan berdarah di sebuah jalan raya di bandar Foshan, wilayah Guandong.


Media rasmi hari ini melaporkan lebih 12 orang yang melalui jalan itu sama ada pejalan kaki atau menaiki basikal, tidak mempedulikan kanak-kanak itu sehinggalah dia dilanggar buat kali kedua oleh sebuah lori.


Seorang wanita kemudian menarik kanak-kanak berkenaan ke tepi jalan sebelum ibu kanak-kanak itu yang merupakan seorang pekerja asing di bandar itu tiba di tempat kejadian.
Akhbar China Daily melaporkan kanak-kanak itu yang kini dirawat di sebuah hospital, diisytihar 'mati otak'.


Agensi berita Xinhua melaporkan dua pemandu kenderaan yang melanggarnya telah ditahan polis.










.

10 Penyokong CHELSEA:

Hudalatip on October 18, 2011 at 10:56 AM said...

tak sanggup la nak nengok video tu..sedih sangat..kenapa manusia dah tak punya hati ni..

Fara on October 18, 2011 at 11:04 AM said...

mmg x der hati perut..padahal jln tu bknnya sesak pon..sempat klu nak tarik @ angkat budak tu..sampainya hati manusia yg cuma tgk tp x bertindak.yg langgar tu pon bkn nk berhenti..x dpt bygkan klu itu berlaku pd famili kita..mintak dijauhkan segala musibah..amin

Diari Anak Perantau on October 18, 2011 at 11:05 AM said...

hu3.. manusia akhir zaman..

Golden Rose on October 18, 2011 at 11:25 AM said...

serius sedih...mmg berperikemanusiaan langsung...tak sanggup nak tgk video tu

nurdani on October 18, 2011 at 12:18 PM said...

kejam! geram je bila tengok video di wanita hari ini tadi. teruk betul sikap orang2 sekeliling

qaseh tia on October 18, 2011 at 12:31 PM said...

xleh tgk video ni byk kali sbb hati perittt....

myra ashrul on October 18, 2011 at 12:34 PM said...

kesian sangat kat budak tuhh .
ntah panjang umur ke tak ek ;(

aizamia3 on October 18, 2011 at 1:34 PM said...

tak tengok pun video tu sebab takut terbawak2 masa tidur nanti.. kesian pada budak tu..

MamaKaisah on October 18, 2011 at 5:21 PM said...

sampai hati diorg biarkan je budak tu...padahal bernyawa lg..kot ye pun tolong la hantar ke hospital..ingat anak patung ke ape ???

siti fatimah aka kakchik on October 19, 2011 at 8:49 AM said...

tak blh langsung tgk video tuh...tgk la pic famili dia ni..sedih sgt2..kalau terjd pd anak2 kita? nauzubillah..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!