Sunday, October 23, 2011

Menantu zaman sekarang


Seorang warga emas yang cacat penglihatan patah kaki kanan akibat dipijak menantunya dalam pertengkaran di Kampung Morten di sini baru-baru ini.
Pada kejadian pukul 3.30 petang 10 Oktober lalu itu, Ibrahim Omar, 65, yang menetap di rumah anak keduanya, Jamilah, 46, di Kampung Pengkalan Rama Pantai, pergi ke rumah pusakanya di Kampung Morten untuk mengambil baju.

“Tiba di rumah itu, isteri saya, Arah Mahmud, 64, menghalau saya dari rumah tersebut sehingga berlaku pertengkaran di antara kami berdua.

“Pertengkaran itu semakin teruk apabila menantu saya yang berusia 38 tahun dan tinggal di rumah itu masuk campur,” katanya ketika ditemui di Kampung Pengkalan Rama Pantai di sini semalam.
Ibrahim berkata, menantunya itu tiba-tiba bertindak ganas lalu memukulnya dari belakang.
“Dia menghumban saya ke luar rumah sebelum memijak kaki kanan saya dengan kuat sehingga patah,” katanya.

Menurut Ibrahim, jirannya yang menyaksikan kejadian itu terus menghubungi Jamilah yang kemudian datang untuk membawa Ibrahim pulang.
Katanya, pada malam selepas kejadian, kakinya berasa sakit dan beliau terus ke Hospital Melaka untuk menjalani pemeriksaan.







.

3 Penyokong CHELSEA:

kathy on October 23, 2011 at 2:11 PM said...

sampai hati dia buat bapak mertua dia mcm tu..

Muhammad Naim Abdullah on October 23, 2011 at 2:16 PM said...

akhir zaman macam ini la. pabila agama terus di pinggirkan..

Jom berdoa kepada Allah semoga Malaysia akan melaksanakan hukum Allah.

Insha ALlh.

Jom baca:
http://pemudattbc.blogspot.com/2011/10/gua-ikut-enta.html

CIK PARO! on October 23, 2011 at 3:47 PM said...

tak berperikemanusiaan lgsg!

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!