Bila dia jeling aku tanda tak suka, mesti jantung aku melompat bagai nak gila!
Hanya dengan kata-kata dan tajuk novel ini, lulu memilih untuk menjadikannya koleksi terbaru.. Novel ni takdelah tebal sangat pun berbanding novel-novel yang lulu baca sebelum ini dan harganya pun hanyalah RM22/RM25. Namun bukan beerti novel ini tidak bagus.
Kisah yang sangat menarik cuba disampaikan oleh penulis ini. Seorang gadis berusia 17 tahun yang masih ditingkatan 5 diberi kata dua oleh ibu bapanya untuk menerima jodoh yang mereka tentukan untuknya. Iaitu seorang ustaz yang mengajar dikelasnya. Dan ustaz itu merupakan abang sepupunya. Kesuntukkan masa untuk berfikir, kerana ibu bapanya akan menunaikan haji, dia menerima perkahwinan ini, namun kerana usianya yang terlalu muda, dia rasa kekok dan malu berdepan dengan suami sendiri. Sebelum kahwin dia bebas. Nak keluar malam pun boleh. Tapi bila dah kahwin, dia turut kata suami, dan nampaknya suaminya berjaya mendidik dia dengan baik, dia mula bertudung dan mengaji Al-Quran dihadapan suaminya.
Dia berjaya menyembunyikan status perkahwinannya disekolah. Dan.. apa yang terjadi apabila kawan dan guru tahu? Bila baca part dimana dia memujuk suaminya yang merajuk, sumpah lucu dan romantik. hehe..
"Lisa.... temankan abang kat sini," pintanya perlahan.
"Kalau Lisa nak belajar pun, belajar dekat sini. please...." Dia menyambung.
Aku tersenyum. Tidak payah dipaksa, aku dengan rela hati akan mengikut kata-kata dia. Teragak-agak aku mendekatkan muka aku dengan Abang Hafiz. lembut pipinya bersentuh dengan hidung aku. Dada terasa berdebar dengan apa yang aku lakukan. Gila! Tersedar dengan apa yang aku buat, Abang Hafiz membuka sedikit matanya. melihatkan senyuman di bibir dia, serta merta muka aku terasa panas. Perlahan dia menarik aku mendekatinya.
"Lisa nak ambik buku," aku menolak perlahan tangan dia.
Abang Hafiz membiarkan. tanpa menunggu lama, aku bergerak ke rak buku yang menempatkan buku-buku rujukanku. Bibir menguntum senyuman dalam diam. Entah kenapa, hati aku terasa berbunga-bunga.
Cabaran kehidupan mereka sebagai suami isteri, bukan saja ketika dia disekolah menengah, bahkan terus ke universiti. Marilah membaca kisah menarik ini, dan anda akan merasai betapa sabarnya seorang lelaki bergelar ustaz dalam mendidik isterinya yang agak keanak-anakkan. Adakah akhirnya mereka akan saling menyintai??
P/S - Recommended by Lulu Caldina
.
19 Penyokong CHELSEA:
Novel ni macam best je.......
Ni yang ada gi beli ni.. =D
P/s : Penyokong MU yang komen...
Hahahhaahhahahah.....
terus rasa nak baca buku ni..
memang best novellll ni!=)
@AyueJean penyokong MU? :p
@Hanis Azla kalau begitu kak fea, kira lulu pandai review lah kan? Semua review buat kakak nak beli... ngee
@Wana Owen kannnn :D
MACAM BEST JEK... NAK KENE CARI NI...
@@YUNID@TI memang best ;)
mcm best jer. kena beli ni. baru2 ni baca novel projek memikat suami. blh thn best jg.
@:: Riri-Fatieha ::~ yang tu lulu belum baca.. coming soon :)
luluuuuuuuuu
bakar line lg, harus nak ke minerva balik keja ni, alahai
best ye, nak try lah carik karang kikiki
Novel ni mmg best :)
@SA208 kan.. :)
@Tina Othman memang ramai dah 'tersampuk' kak tin.. ngeee
hehehehe...mesti best novel ni...ayu dah beli tp masih blum sempat lg nak baca...hhehee..ni cuti sekolah blh la mula baca...hehehe
skrg shida tgh baca novel Suami Yang Kubenci. xingat la sape penulis nyer...tp Best jugak...lebeh kurang je kes nyer..kawen pakse!!
klakar..ha3...dah lama xbace novel cinta, sekali baca novel ni, memang sengih sorang2..hahaha
Dah habis baca novel ni. Best sangat! Ustaz romantik dan kelakar. Mula-mula baca dah gelak dengan gelagat ustaz yang kuat cemburu tu. Tak rugi beli :D
ni ada filem ka..??bila nak keluar atau dah keluar??
@Prettia Eroni filem ni belum keluar :)
Post a Comment